terima kasih Tuhan atas segala rasa indah yang telah kau beri.
atas segala rasa bahagia yang kau pinjam kan kepada aku satu ketika dulu.
bermula yang pertama, aku menyintai nya. separuh hati, kerana aku takut terluka.
ura-ura pada waktu pertama jatuh cinta. dia yang merungkai ayat,
selagi nyawa di kandung badan, selama itu awak akan jadi milik saya.
tapi apa yang Kau tunjukkan Tuhan, adalah besar. sebesar-besarnya.
kini dia bahagia bersama anak dan isteri. dan aku masih belum berhenti berdoa untuk kebahagiaan nya.
begitu juga dia, permintaan maaf setiap tahun, malah setiap saat,
terbaru, dia hantar mesej, katanya,
"salam. maaf membuat mu terluka satu ketika dulu,
dan maaf aku membina mahligai dari air mata mu.
walau kini aku bahagia, aku tak pernah lupa berdoa agar Tuhan juga memberikan rasa bahagia itu kepada kamu. sebab kamu pernah menjadi yang terindah buatku. aku tumpang rasa bahagia, atas kehadiran dia.
jangan gaduh-gaduh, semoga bahagia selalu."
jangan risau, Mr. E, orang selalu maaf kan awak. terima kasih sebab masih sudi doakan kebahagiaan orang.
untuk cinta kedua yang masih belum dapat melupakan aku.
maaf kan aku. kerana menyakiti hati mu,
maaf aku membuat hati mu berdarah kembali dengan luka lama. maaf, hanya itu yang mampu ku katakan.
aku telah cuba, cuba untuk menyintai mu seperti satu ketika dahulu,
tapi maaf bekas kekasih, aku cuma tidak mampu. tidak mampu aku kembali seperti dahulu.
rasa hati telah tawar. rasa cinta telah pudar.
maaf, aku tak sanggup untuk melukakan hati mu lagi,
oleh itu, relakan lah aku pergi jauh, izin kan lah aku melangkah jauh. jauh dari dirimu.
aku yakin, kau juga mampu melangkah, namun kau hanya memilih untuk berdiam. kenapa?
anggap aku cuma masa lalumu.
lupakan aku, namun jangan pernah sekali memutuskan persahabatan yang terjalin antara kita ini.
untuk yang pernah bergelar tunangan ku, satu ketika dahulu,
kau hadir menceriakan hati. suatu ketika dulu, kau hadir mengubat hati,
namun cinta mu belum begitu tulus untuk aku mengerti. bukan kan dalam satu percintaan itu harus ada rasa percaya,
harusnya, tak wujud persengketaan dan sebetulnya, tak kan ada walau sekelumit rahsia?
tapi kau memilih untuk itu.
dan kita putus dengan cara baik. oleh itu, terima kasih atas segalanya.
untuk yang pernah hadir menjadi pemilik hati, maaf andai aku membuat mu terluka.
maaf andai antara kita tercetus sengketa. dan maaf jika aku belum bisa sempurna buat kalian
No comments:
Post a Comment