sejak pertama kali berjumpa aku menaruh harapan pada dia. dia yang bergelar Chenta.
tapi sebelum aku tahu sesuatu darinya, sebelum aku mengetahui yang aku adalah yang kedua dalam hidupnya.
aku tak sanggup untuk berdiri lagi pada masa tu. aku tak mampu untuk terus bernafas pada masa tu.
aku mahu rebah, aku mahu menutup mata,
aku mahu, apa yang terjadi itu satu mimpi yang tak pernah ada kesudahan nya. aku tak mahu rasa sakit lagi.
aku serik. aku luka. aku kecewa. aku penat !
aku cuba belajar menerima kenyataan. aku mahu melangkah,
pergi jauh, tapi aku terikat dengan hatinya. katanya, dia tak mampu untuk melepaskan aku pergi.
dia sayang kan aku. dan juga gadis itu.
ikatan antara mereka sangat kuat. dan aku, aku tak mampu menghancurkan hati seorang wanita.
tapi aku tak tahu mengapa aku masih di sini.
harapan aku mahu melihat Chenta bahagia. bahagia tanpa aku. bahagia dengan cinta nya yang dulu.
Tuhan, aku mohon agar kau meminjam kan aku kekuatan.
kekuatan untuk terus berada dalam ujianMu ini. sesungguh nya, airmata ini dah habis untuk mengalir.
Chenta, dengan kau aku rasa bahagia, dengan kau juga aku rasa derita.
terima kasih kerana mengajar aku dua perasaan yang berbeza.
dan terima kasih atas pengertian yang sama.
aku cuma ingin kau tahu. aku tak mampu pergi darimu. tak akan mampu,
namun jika itu terjadi, redha lah kerana aku tak sanggup lagi makan hati.
kerana aku cinta kau, hanya selepas aku mencintai kedua ibu bapa ku.
aku tak mahu hilang kan perasaan cinta ini, namun aku tahu,
satu hari nanti aku terpaksa. terpaksa melepaskan kamu.
aku harus belajar untuk membenci kamu. aku harus belajar untuk rela melepaskan kamu.
dan aku harus terus redha untuk tidak bersama dengan mu.
lepas kau kawin nanti, tak ada orang nak main dengan Popo.
tak ada orang nak gedik-gedik dengan Popo.
tak ada orang dah nak ingat kan aku makan, suruh bawak kereta elok-elok,
jangan drift atas bukit.
tak ada orang nak tatap mata aku lama-lama. aku dah tak boleh nak buat surprise dengan berdiri depan pintu umah kau tengok muka kau yang baru bangun tidur. dan bagi aku ciuman kat dahi sebelum gosok gigi.
aku dah tak boleh nak menangis kat bahu kau lagi.
malam-malam aku sebelum tidur, aku dah tak boleh nak cakap dengan kau lagi.
tak ada orang yang nak cakap,
"sayang, apa pun ujian ALLAH bagi, ALLAH tak pernah kejam terhadap hambaNya."
:'(
aku tak mampu berdiri sendiri.
ya ALLAH, kirimkan aku seribu kekuatan untuk menghadapai hari itu nanti..
No comments:
Post a Comment