-->
skip to main |
skip to sidebar
indah
assalamualaikum. post semalam pakai tab.
tu sebab agak kelam tapi cara penulisan masih dari hati. kan?
aku rahu, kalau korang follow, korang kenal siapa Superman. korang kenal cara penulisan aku
sejujurnya, aku sanggup meminggir kan semua cinta lama. semua scandal, semua perasaan terhadap lelaki,
sebab dia. hanya untuk dia.
entah kenapa aku rasa perasaan sayang kat dia terlalu dalam.
terlalu tulus, terlalu jujur. tapi aku sendiri tak pasti.
adakah aturan lain dari Tuhan untuk hubungan kami ini.
sesungguh nya, aku tak mahu terjatuh lagi, aku tak mahu terluka lagi. aku tak mahu kecewa lagi.
aku tak mahu untuk terus di sakiti dan merasa perit. aku dah serik.
pernah dulu, aku berjanji, jika aku terjatuh lagi, aku tak akan pernah bercinta lagi.
tapi aku mungkiri. bukti, aku tetap jatuh cinta. aku tetap rasa manis bercinta. dan hujungnya pahit.
dan aku tak mahu itu berulang kembali. harapan aku tinggi kali ni.
tinggi sangat. melangit dan harapan aku, jika aku jatuh lagi,
biar lah aku jatuh selamanya tanpa bangun semula.
sebab aku terlalu mencintai mu, Chenta.
No comments:
Post a Comment