-->
skip to main |
skip to sidebar
cinta sempurna.
selamat pagi. salam pagi jumaat. hari jumaat yang mungkin penuh dengan kegembiraan, tapi, mungkin jugak penuh dengan kesuraman. erm.. entah lah.pendek kata, hari-hari yang mendatang, kita yang menentukan. antara keceriaan atau kedukaan yang kita mahukan. tak lama, cinta akan berputik, mekar mengharum. namun berapa lama? setahun? dua tahun? atau selamanya? pengorbanan dalam cinta itu harus ada. setiap masa. cinta juga mengajar kita kekentalan pada hati dan perasaan. jika takut dilanda badai, jangan berumah di tepi pantai.. :) jika takut hati terluka, jangan bermain dengan buaya.
aku bahagia bila tengok housemate senyum lepas cakap dalam selimut dengan boyfriend masing-masing.haha. tapi aku? mungkin belum tiba masanya. tak apa, tak nak fikir pun. apa yang penting, kehidupan yang selama ini yang aku mahukan. yang selama ini aku impikan.
bila cinta mengetuk pintu hati, tak semestinya kita harus terus memiliki. bila rindu datang bertamu, tak semestinya kita harus membalas perasaan itu. yang penting hati. bila hati sudah bersedia untuk memiliki cinta baru, itulah permulaan nya untuk segala rindu mula bertamu.
mengenal calon BOYFRIEND/GIRLFRIEND sebelum kapel itu adalah wajib. perlu ada kesefahaman, perlu saling memahami. dan perlu saling merindui jugak. tiada siapa yang tak mahukan cinta sempurna !
1 comment:
belum masa lagi. lagi lambat dapat bf lagi bagus :)
Post a Comment