-->
skip to main |
skip to sidebar
cinta lama..
selamat malam cinta ! sesungguh nya, hati terluka. hari ni genap 2 tahun sudah cinta lama aku abadi dalam jiwa. hari ni 24 september 2011, tepat jam 5.59 tadi, 2 tahun sudah cinta itu menjadi basi. dengan pelbagai memori yang tercipta. dengan suka duka dan dihiasi dengan air mata. dulu, lautan api pun sanggup di redah, tapi sekarang, semua nya tinggal kenangan. manis macam gula bila diingat balik. haish ! untuk pertama kali, aku berjanji akan melepas kan kau jauh-jauh. pergi lah. terbang macam merpati putih yang cantik dan berterbangan indah di langit biru. aku masih boleh tersenyum melihat kebahagiaan yang kau rasa kan. dah lama sangat kan kau terkurung dekat dalam hati aku. jam dah melepasi 12 tengah malam. sejak tepat 12 tengah malam tadi, aku dah lepas kan kau terbang bebas.
akhir kata, bekas kekasih hati, jaga diri baik-baik. jaga cinta merangkap bakal tunang anda dengan sebaik mungkin juga. jaga keturunan akan datang juga dengan sebaik mungkin. ucapan setinggi tahniah untuk anda berdua. aku hanya mampu tersenyum puas dalam linangan air mata. jangan risau, kau tak perlu pujuk aku macam dulu, kali ni kau dah bebas. pergi lah sejauh mungkin, dan jangan pernah kembali. kebahgiaan sebenar kamu bukan dengan aku, bekas kekasih. aku belum cukup baik untuk menjadi pelengkap mana-mana tulang rusuk kiri seorang lelaki. mungkin masih panjang perjalanan itu.
salam tahniah dari aku. :')
No comments:
Post a Comment