-->
skip to main |
skip to sidebar
kenangan semalam
assalamualaikum ! selamat pagi.cinta yang pernah kita lepas kan dulu, mungkin tak akan kembali lagi. orang cakap, kalau kita melepas kan orang yang kita sayang, tapi kalau satu hari nanti dia datang balik, makna nya, jodoh kita kuat. tapi, kalau cinta tu tak kembali, baik lah kita tak payah mengenang kisah lama. kejap, nak lap air mata. :'( mood jiwang sebab room mate pasang lagu jiwang. sememang nya, perasaan pada E masih lagi ada. tapi.. kita tak boleh menduga hati orang. lagi-lagi hati seorang lelaki. payah nak di duga. aku sayang kat dia sangat-sangat. tapi, jodoh tu rahsia ALLAH. dan ternyata, ALLAH dah mendedah kan rahsia jodoh dia. dia dah ada pilihan hati, nak bertunang, nak berkahwin, membina istana bahagia. okay, lap air mata lagi. kali ni, aku betul-betul lepas kan kau bukan setakat luaran, tapi dalam hati sekali pun, aku akan lepas kan kau. tapi ambil masa sikit la bro ! anyway, tahniah. aku doakan agar kau dengan dia, berbahagia selamanya. terima kasih atas kenangan kita dahulu. aku tahu, aku bukan yang terbaik untuk kau pun. makin lama aku menaip kat sini, makin laju airmata aku menitis weih !
bila kita terpaksa melepas kan seseorang atas sebab kita nak tengok orang tu berbahagia, itu lah pengorbanan yang terbaik dalam percintaan.
No comments:
Post a Comment