-->
skip to main | skip to sidebar
lets live our dreams.

June 03, 2014

keliru

aku ingin berbicara, sekali lagi tentang Chenta, maaf. 
ini medan luahan perasaan hati aku. hanya ini yang termampu. dengan menulis. 
Ya ALLAH, mohon aku untuk terus berbicara di sini, sendiri. 

ketika inai masih merah di tiga jari di kanan dan kiri kanan mu, 
kau masih mengingin kan ku. 
ketika barang hantaran atau hadiah perkahwinan mu belum habis terbuka, 
kau melamar ku. 
ketika kau menyampai kan berita itu pada teman-teman mu,
mereka menyokong, pasti dari kita membuat dosa, kita hanyalah manusia lemah, syaitan sentiasa bersama. 
sayang, 
bila kau sampai kan pada kedua orang tua mu pula, 
mereka pada mulanya menghalang, akhirnya terpaksa redha dengan sikap mu yang degil dan keras kepala. 
di saat perkhabaran gembira ini sampai di pengetahuan adik beradik mu, 
mereka juga memberi restu dengan mengharapkan yang terbaik buat kita berdua. 
bagi engkau, itu adalah saat paling berharga. mendapat restu dari semua pihak. 

bagaimana pula aku wahai Chenta. 
aku masih lagi mencari jawapan yang pasti. 
masih berperang dengan hati. masih lagi menangis di siang hari memikirkan nasib diri. 
usah bimbang kerana aku rela untuk bermadu. aku pasrah jika begitu takdir hidupku. 
aku redha dengan ketentuan ilahi yang ingin menguji. 
sesungguh nya aku redha dengan semua ini. 
tapi bagaimana dengan teman-teman aku, 
ahli keluarga aku? 

aku masih bertanya pada diri. 
sanggupkah aku melukai hati seorang insan yang juga wanita. 
sanggupkah aku merobek hatinya dengan bergelar isteri kepada suami nya? 
sanggup kah aku membuat onar dalam rumah tangga yang baru terbina? 
mampu kah aku menghadapi hari-hari seterusnya? 

aku resah bila kau tiada, 
aku gundah bila kau hilang di mata, 
aku risau bila kau derita, Chenta, 
apakah benar dengan apa yang kita bakal lakukan? 






lakaran jiwa Unknown tarikh : 6/03/2014 0 komen dari korang
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

May 30, 2014

:'*

mereka memaksa untuk aku melupakan dia, 
walau aku masih perlu kan dia. 
mereka memaksa untuk pergi jauh darinya, walaupun aku terasa seperti sangat-sangat tak mampu untuk terus berlalu darinya. 
mereka berkata, ingat, jangan rampas kebahagiaan orang lain. 
seperti mana kau tak rela kebahagiaan mu dirampas. 

hanya dia yang cuba  memujuk, hanya dia yang cuba memahami apa yang tersirat di hati, 
hanya dia yang memeluk, menenangkan hati, airmata bersama menitis, katanya, 

"Lynn, aku tahu, ujian ni bukan senang untuk kau lalui seorang diri, aku sebagai kawan, nak jugak rasa apa yang kau rasa, aku nak rasa bahagia kau, aku pun nak rasa derita kau, aku tak nak kau sorang-sorang dalam menghadapi ujian yang seberat ini. aku tak pernah halang, tapi kau kena fikir, bukan sekali dua, tapi beribu kali. ni soal risiko, sayang. semoga kau tabah, Lynn." 

aku pernah juga menaip entry berkenaan poligami, dan sah, aku juga sangat membenci nya, 
tapi kenapa aku dipilih untuk menjalani hidup seperti itu? 
Ya ALLAH, sesungguh nya setiap ujian untuk setiap hamba-Mu, 
adalah ujian yang mampu untuk setiap dari kami menanggung nya.

 entry 1

moga nanti satu hari, hati kecil ini dapat memahami apa itu ujian Tuhan. 
moga nanti, jiwa ini dapat merasai nikmat berkongsi kasih, 
dan moga nanti, semuanya dapat merestui. 
sesungguhnya aku tak mampu pergi jauh dari mu. 
bukan sekali, dua, malah dah ramai yang cuba untuk mengambil alih tempat mu, 
tapi,.. 
sedaya upaya aku mewujudkan rasa benci, agar dapat ku lupakan kamu, 
namun ternyata, hati ini lebih mengetahui tentang rasa chenta yang masih tersimpan sejak kau pergi. 
sejak kau pergi, tiada siapa yang mampu jadi penggantimu. 
semoga ALLAH merahmatinya, amin. 






lakaran jiwa Unknown tarikh : 5/30/2014 0 komen dari korang
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

May 27, 2014

nukilan hati

assalamualaikum. 
biar kan aku menarik nafas panjang seketika, 
relakan aku meluah kan rasa hati disini, hanya untuk seketika. 
please.. :) 
hanya untuk seketika aku merasa bahgia bersama yang aku gelarkan nya, Chenta. 
sampai sakit, sampai aku lari membawa diri, sampai hati menyimpan dendam yang paling dalam untuk dia. 
masya-ALLAH, ampun kan dosa besar hamba Mu ini Ya TUHAN. 
sampai satu hari dia kembali. kembali di sini. 
ye, kembali untuk menyemai cinta lama. 
kata nya, biarpun status nya bukan lagi bujang, tapi dia tetap mengharap kan kasih dari aku, kekasih hati. 
masa dan saat itu membuat kan aku terfikir. dengan saki baki kasih sayang yang kau tinggalkan dulu, membuat aku terlalu ingin kembali ke pelukan mu. 
memang, ternyata, dalam hakikat sebenar, AKU PERLU KAMU. 
Tuhan mendengar setiap kata-kata rungutan aku. 
Tuhan memakbulkan doa-doa ku, 
"hapuskan rindu ku pada dia Ya ALLAH, hanya Kau tempat ku meminta, hanya kau tempat ku menumpang kasih, dan jangan lah Kau biar kan aku terus di dalam kelukaan yang berpanjangan, dan bila nanti kau tetap kan dia bukan milik ku, jauh kan lah dia sejauh-jauh nya dari ku, Ya ALLAH."
tapi yang mendatang sebaliknya, Tuhan menghadirkan dia kembali di dalam hidup ku. 
petanda apakah ini? 
usapkan air mata yang jatuh dipipi, sapukan ubat pada luka di hati, benarkan jiwa merasa bahagia. 
dan kau kembali di hidup ku. sama seperti hari-hari dulu. 
mampu kah aku menghadapi dugaan ini sendiri. 
aku juga ingin merasa bahagia, hanya bahagia. 
dulu kau pergi tinggal kan aku sendiri, tinggal kan aku dalam kelam bersama saki baki cinta yang pernah kau beri dulu. derita aku dalam pilu bersama kasihmu itu. pada saat itu masih aku perlukan kamu, bukan sikit rasa sakit yang bertamu di hati. terlalu dalam, dan kini kau kembali, tapi semuanya tak seperti dahulu. 
semuanya berubah, sayang, kau kini dah bergelar suami, 
mungkin, harus aku lepas kan kau pergi walaupun aku tahu, terlalu dalam rasa sayang ini padamu. 
mungkin selamanya kita harus terpisah, mungkin selamanya kita harus menjauh, 
agar rasa rindu itu tak wujud, 
biar rasa rindu itu tak pernah bertamu. biar rasa rindu itu pergi menjauh. 
tapi mampu kah aku? Tuhan, Mampu kah aku lalui semua ini sendiri??
kita menanam impian untuk terus bersama biarpun harapan itu masih kabur,
kita mencipta istana idaman, walaupun semua itu masih belum pasti. 
kita menatap sayu setiap kata-kata rindu. yang terluah dari bibir masing-masing. 
Chenta, terima kasih atas segalanya, aku menerima kau kembali di hati, 
aku menerima cinta yang satu ketika dulu tercampak di jalanan, 
aku kembali menerima kehadiran mu walau pun kau bukan seperti dahulu, 
Chenta, aku menerima kau kembali, dalam pelukan hangat ku. 
maaf kan aku menyimpan dendam kepada mu satu ketika dulu. 
aku meminta maaf atas segala kesulitan satu masa dahulu, 
semoga rahmat TUHAN sentiasa ada untuk kita berdua. amin.. <3 center="" nbsp="">
lakaran jiwa Unknown tarikh : 5/27/2014 0 komen dari korang
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

May 24, 2014

pulang lah Chenta.

bermacam cara kita cuba untuk menyakin kan hati, 
kita tak berjodohan bersama, 
sejauh daya aku cuba menjauhkan diri, terperosok di tepi lebuh raya Kuala Lumpur, 
sendiri. hampair setahun aku di sini, 
aku tenang, sendiri. aku lebih tenang, sendiri. 

biarkan aku cuba menjejaki jejak mu, 
namun aku cuba kuatkan diri, 
untuk tidak mencari jejak cinta yang kau tinggal kan. 

tapi aku tak mampu. 
untuk menyatakan hasrat hati kepadamu, kerana kau telah tiada untuk menikmati hari-hari bersama. 
hari-hari aku lalui sepi, sampai kini,
 kau hadir kembali, menyuntik rasa untuk kembali bercinta, 
jangan lukakan aku lagi. please. 

walau aku mengetahui status mu kini, 
cinta ku lebih dari itu. 
hanya kau yang masih belum tahu, 
semoga nanti kita bersatu. 
semoga nanti, kita menyatu, 
biarpun hati itu harus berbagi, mungkin, itu boleh jadi satu. 
kerana hati ku hanya untukmu. 

Chenta, aku doakan yang terbaik buat kita berdua.
...
berjanji, jangan kau sakiti ku lagi, Chenta. 

kembali lah ye, ubat hati ku yang masih luka. 
kembali lah, untuk kenangan lama. 
:( 
lakaran jiwa Unknown tarikh : 5/24/2014 0 komen dari korang
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

February 27, 2014

for the one...



about you. everything about you. 
and 
I used to in love with you. 


sampai satu saat aku terlalu letih untuk memahami cinta. 
sampai satu saat, aku tertanya, ada ke cinta? 
WUJUD ke cinta. 
atau KHAYALAN. 


and you fly away from my life. 
I realise, that you are just my memory. 
just in my memory. 
I would like to have you, once again. 
can I? 

but I know, that I already lose you..

Firdaus, you are always in my mind. 
forever, but this moment. 
I remember you, badly. 
you wanna come? 

rest in peace, Sayang.. 
I do love you. 


eventhough someone is taking your place, 
you dont have to worry, I just carry on with my life. 
thats what you want. 
and, I do it. 


lakaran jiwa Unknown tarikh : 2/27/2014 0 komen dari korang
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

February 12, 2014

Valentine is not for us,

assalamualaikum. 

Valentine. 
aku tak sambut. tak nak sambut. tapi pastinya, esok akan bertimbun coklat yang aku dapat. 
itu pasti. 
dan esok, hari jumaat, jangan sambut valentine. sambut lah solat jumaat korang, wahai kaum lelaki. 
dan buat lah benda yang lebih berfaedah daripada bungkus hadiah untuk bagi kepada boyfriend, si gadis! 

esok ramai lah yang plan nak berdating dari pagi sampai tengah malam dalam bilik hotel. 
please, dont. 
tolong jangan pergi hotel mahal-mahal. or hotel bajet, start malam ni dorang akan rush. 
taubat lah kawan ! 

esok hari meraikan cinta, sekali lagi aku ingatkan, 
hati tu cuma hari peringatan, macam hari lahir, macam hari ibu. 
tapi hari esok istimewa untuk para kekasih meraikan cinta. 

bullshit. bukan ke korang hari-hari meraikan cinta? 
cukup lah, baik raikan cinta pada Ilahi, pada mak ayah, pada atuk nenek, atau kepada kawan karib. 
pada laki bini pun okay. pada kekasih??  lupakan je lah. 

esok, hari berbahagia. ada yang akad nikah esok. tahniah ! 
esok, ada yang akan putus dengan boyfriend. tak percaya? tunggu lah esok. 
esok akan ade yang kena tangkap basah, be careful. 

esok, 14 February, akan ada yang terkulai layu dalam dakapan 'cinta sejati' 
jangan jadi bodoh. 

14 February bukan untuk kita meraikan, bukan untuk umat Islam macam kau yang sambut. 
itu semua untuk orang kafir. untuk orang yang bukan beragama Islam. 
sampai bila harus kami ulang, 

jangan sambut Valentine. 
kalau sayang agama Islam. 


 


lakaran jiwa Unknown tarikh : 2/12/2014 0 komen dari korang
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

February 08, 2014

Chenta lama

assalamualaikum. mungkin post ini beriringan air mata, seperti kebiasaan nya.
aku cuma ingin tersenyum bahagia seperti insan lain. tatkala mereka bahagia. 
sedih dan duka mereka, ada yang menemani. 
ALLAH pertemukan aku dengan En. Chenta yang sudah setahun aku tinggal kan. 
lara, mungkin aku je yang merasakan, tapi nyata, dia juga merasakan itu. 
cuma, tak seperti aku. walaupun aku dah move on, 
tapi aku tak pernah buang dia dalam hati. aku tak pernah benci dia. 
aku tak pernah lupakan dia dalam doa aku, aku tak pernah sedetik pun membenci dia. 

Ya Tuhan, berikan aku semangat untuk aku meneruskan kehidupan ini dengan senyuman manis. 
Mei nanti, aku harus terus melupakan kau sepenuh nya, sejak kau bakal menjadi imamnya yang sah. 
aku harus melangkah tanpa bayangan kamu, aku hanya berharap, aku juga akan mencapai bahagia idaman. 

Chenta. aku rindu setiap kenangan kita, aku rindu saat kita bersama satu ketika dulu. 
Chenta, masih segar di ingatan ku tentang mu. 
saat kita dipertemukan untuk pertama kalinya, 
aku masih ingat setiap yang terjadi antara kita dulu. 
kini, saat aku mahu melangkah jauh, entah kenapa, langkah kaki ku menuju ke arah kamu.
di tempat pertama kali kita berjumpa. 
:'( 

moga satu hari nanti, aku juga akan menemui kebahagiaan yang sejati. 
ya ALLAH, lindungi lah aku, berikan lah aku sisa kebahagiaan yang masih ada. 


ini semua hanya cebisan kenangan yang tinggal. 
mungkin hanya aku yang masih merasainya. 
terima kasih atas sedikit rasa bahagia yang telah kau beri sejak tahun dulu.
terima kasih atas cinta yang kau semai satu saat dahulu. 
terima kasih atas segala kenangan yang masih tinggal dan masih segar di ingatan. 

Chenta itu akan terus mekar selagi kau di hati. 
Chenta itu akan terus bersemi selagi kau masih di hati.
semoga bahagia dengan apa yang kau impikan, 
doa aku untuk kau tak kan berhenti, dan tak kan pernah terhenti. 


lakaran jiwa Unknown tarikh : 2/08/2014 0 komen dari korang
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)


assalamualaikum.
terima kasih datang membaca.
ada yang ingin di tulis semula, copy paste dan sebagai nya,
sila-silakan lah asal ada link nama aku balik.
sadis benar kalau ambik, lepas tu, tak reti nak kredit.
datang dan minta tingal kan pesan kalau ada pertanyaan.

maaf kalau apa yang di update tak macam dulu.
perubahan fikiran dan terlalu mengejar cita-cita.
idea makin sengkek, tak berlari laju seperti dahulu.

harap mengerti ye.
:) tetapi terima kasih kerana masih kekal setia.




alYnn Satar
pemilik jiwa raga yang kacau bilau.
she's try to live her dream, and she's try to get what she want.
dia gadis yang degil. dia gadis yang selesa dengan penampilan dia.
dan dia gadis yang tak lepas dari cinta.
dia gadis yang berjiwa kaca tapi berhati batu.
dia gadis dari dunia fantasi. dan dia suka cara hidup dia.

Daisypath Happy Birthday tickers
22 tahun pada 8 July 2014.

"aku tak punya jiwa untuk bercinta lagi.
jangan melamar, bimbang nanti aku merobek hati kamu.
biar kan saja aku tenang begini. ya?"
itu hanya monolog hati. hakikat sebenar, dia ingin bercinta lagi tanpa disakiti, tanpa kecewa dan dia ingin terus bahagia dengan cinta.
*fierlynnFynn121213*







N.Y.A.W.A

Neo !
My baby ASH !
love, Zamoly !

[me & my blog]

Daisypath Friendship tickers special thanks to my bestie : http://merahjambupink92.blogspot.com/

impian tahun 2013 !


belajar main gitar

vacation bulan June

join Gym !




gitar kaler pink



menghitung detik ke 2013

Followers

[ChattingBox]

[ music ]

facebook !

Fierlynn Fynn

Create Your Badge
sila datang lagi di lain hari. tinggal kan link di chatbox dan kemungkinan besar, blog anda, akan aku lawati!
FierlynnFynn. Powered by Blogger.