-->
skip to main |
skip to sidebar
keliru
aku ingin berbicara, sekali lagi tentang Chenta, maaf.
ini medan luahan perasaan hati aku. hanya ini yang termampu. dengan menulis.
Ya ALLAH, mohon aku untuk terus berbicara di sini, sendiri.
ketika inai masih merah di tiga jari di kanan dan kiri kanan mu,
kau masih mengingin kan ku.
ketika barang hantaran atau hadiah perkahwinan mu belum habis terbuka,
kau melamar ku.
ketika kau menyampai kan berita itu pada teman-teman mu,
mereka menyokong, pasti dari kita membuat dosa, kita hanyalah manusia lemah, syaitan sentiasa bersama.
sayang,
bila kau sampai kan pada kedua orang tua mu pula,
mereka pada mulanya menghalang, akhirnya terpaksa redha dengan sikap mu yang degil dan keras kepala.
di saat perkhabaran gembira ini sampai di pengetahuan adik beradik mu,
mereka juga memberi restu dengan mengharapkan yang terbaik buat kita berdua.
bagi engkau, itu adalah saat paling berharga. mendapat restu dari semua pihak.
bagaimana pula aku wahai Chenta.
aku masih lagi mencari jawapan yang pasti.
masih berperang dengan hati. masih lagi menangis di siang hari memikirkan nasib diri.
usah bimbang kerana aku rela untuk bermadu. aku pasrah jika begitu takdir hidupku.
aku redha dengan ketentuan ilahi yang ingin menguji.
sesungguh nya aku redha dengan semua ini.
tapi bagaimana dengan teman-teman aku,
ahli keluarga aku?
aku masih bertanya pada diri.
sanggupkah aku melukai hati seorang insan yang juga wanita.
sanggupkah aku merobek hatinya dengan bergelar isteri kepada suami nya?
sanggup kah aku membuat onar dalam rumah tangga yang baru terbina?
mampu kah aku menghadapi hari-hari seterusnya?
aku resah bila kau tiada,
aku gundah bila kau hilang di mata,
aku risau bila kau derita, Chenta,
apakah benar dengan apa yang kita bakal lakukan?
No comments:
Post a Comment