-->
skip to main |
skip to sidebar
melangkah jauh..
selama 104 hari,
akhir nya, kau lafaz kan juga kata perpisahan. terima kasih atas segala yang kau lakukan.
aku hargai. cinta mu, bukan sedikit. aku tahu, kau terlalu ikhlas.
cuma aku, bukan untuk mu. cuma aku, bukan di takdirkan untuk menjaga kamu.
bukan aku tak sudi mengharap kan asmara kembali bersemi, cuma mungkin aku tak mampu.
malahan, tak akan mampu.
chenta, aku lepas kan kau pergi, kerana cinta aku kepada kamu.
kerana kasih aku terhadap kamu.
kerana..
jika nanti ada yang bertanya, mengapa kita tak bersama lagi,
katakan saja, tiada jodoh,
andai ada yang ragu, mengapa tak kelihatan lagi kelibat aku di situ,
katakan saja, aku sibuk,
tapi andai ada yang bertanya, mengapa kamu berpisah?
katakan saja, kerana ALLAH tak membenar kan kami terus bersama.
biar nanti, tiada siapa lagi yang tahu,
biar nanti, tiada lagi yang bertanya,
biar nanti, mereka terbiasa dengan keadaan itu.
segala rasa indah yang kau berikan,
tak mampu aku lupakan.
dan biar nanti, aku belajar hidup tanpa kamu,
biar nanti, aku relakan hati, tabahkan jiwa, cekal kan semangat untuk terus hidup tanpa kamu.
nanti, bila aku pergi, jangan selalu kau ingat kan aku tentang cinta masa lalu,
jangan kau selalu hadir dalam mimpi ku,
jangan selalu kau datang untuk mengingat kan aku tentang kisah cinta yang terputus di tengah jalan.
percaya lah, aku pasrah, redha, ALLAH sentiasa ada bersama kita.
mungkin, aku yang perlu tabah. mungkin, aku yang perlu kuat.
mungkin, aku yang perlu menerima segala ketentuan Ilahi.
Ya ALLAH, aku mohon, titip kan aku seribu kekuatan.
aku juga ingin bahagia dengan hidup yang aku jalani tanpa dia.
sesungguhnya, perasaan rindu itu tak pernah padam.
hanya satu yang aku pinta, andai aku tiada lagi nanti,
kirim kan doa buat aku. agar aku tenang di sana.
No comments:
Post a Comment