-->
skip to main |
skip to sidebar
Chenta.
assalamualaikum.
benar, untuk jatuh cinta, hanya perlukan sesaat, mungkin, kurang dari masa 1 saat itu.
tapi untuk menghapus kan cinta,
mungkin bertahun lamanya.
sama seperti aku. sampai masa ini, tak lagi mampu aku menyingkir kan kenangan semalam.
setiap kali memandang ASH, setiap kali tu lah airmata bergenang.
kerana terlalu banyak kenangan yang kami cipta.
tak terkira berapa banyak masa yang telah kami habis kan bersama.
sesungguh nya, kini aku masih mengharap cinta mu.
namun aku tahu, aku seperti pasir di tepian pantai.
bila-bila masa ombak akan datang dan membawa aku ke sudut yang lebih dalam.
*tarik nafas panjang.*
mungkin ini semua ujian, ini semua dugaan tentang sejauh mana aku mampu bertahan.
tak sangka, pintu hati yang pernah aku kunci satu ketika dulu,
dapat kamu bukakan dengan kunci yang sepadan.
nyatanya aku mengharap kamu adalah jodoh ku,
tapi mungkin, tak tertulis di Luh Mahfuz yang kamu adalah jodoh ku.
maaf kan aku kerana masih belum mampu berdiri tegak tanpa kamu.
maaf kan aku kerana masih belum mampu berjalan lurus tanpa kamu.
dan sekali lagi, maaf kan aku kerana tak mampu untuk menyingkir kan cinta mu di hati ini.
jika nanti terlihat oleh mu air mata ku yang mengalir,
aku mohon, jangan pernah sekali kau menyeka nya.
kerana itu cara aku untuk melepas kan segala kelemahan aku.
berulang kali kau kata yang kau mahu aku kuat, kau mahu aku bangkit. kan?
jadi, biarkan saja aku begini.
bila nanti aku pergi, jangan di tanya ke mana aku membawa diri.
pengharapan langkah baru ku, hanya lah untuk melangkah lagi tanpa kamu di sisi.
izin aku mencoret kenangan bersama mu, kekasih.
izin kan aku mencoret janji yang telah kita cipta bersama.
dan izin aku mencintai mu sehingga akhir nafas ku.
biar tak berbalas, biar tak di jangka, biar hanya aku yang merasa duka.
tapi percaya lah. aku tak kan mampu menepis bayang mu.
Chenta, jaga diri. usah di kenang lagi peristiwa semalam.
biar kan saja aku yang menangisi cinta itu.
biarkan saja aku yang merindui kamu,
biar kan saja aku yang hidup dalam kenangan.
mohon, bila aku kembali nanti,kau masih sudi untuk bertentang mata dengan ku.
Chenta, nama mu tetap terpahat di hati.
dan selamanya akan tetap di hati, tak mungkin terhapus waktu.
kerana kau adalah cinta terindah di dalam hidup ku.
biar aku bernafas dalam kenangan silam.
dan biar kan aku pergi dengan cinta yang masih berbaki untuk ku.
andai kau dapat membaca apa yang aku coretkan.
tak berniat untuk membangkit kan rasa bersalah.
sekadar luahan hati ku padamu.
tapi aku tahu, tak mungkin kau baca.
tak mungkin.
dan tak akan mungkin.
No comments:
Post a Comment