-->
skip to main |
skip to sidebar
satu impian
aku minta, jangan pernah ada yang kedua antara kita
sama ada di pihak aku, atau di belah kamu.
yang kedua itu pasti perosak. perampas. dan aku sangat membenci itu
sumpah aku benci. dan berharap agar karma tak kembali.
agar roda berhenti berpusing bila tiba saat itu.
tidak kira siapa dia, apa pun darjat nya, sejujur mana dia,
aku tetap memilih kamu. tapi itu di pihak aku,
seandai nya 'dia' hadir di sisi kamu, moga kau juga kuat kan iman seperti aku.
aku bersumpah, rasa yang datang tanpa aku sangka.
cinta yang wujud, tak perlukan jam. ianya wujud dan tercipta.
secepat itu, ALLAH menghadiah kan rasa, terima kasih Tuhan.
perkenalan kita singkat, ikatan yang mengikat kita juga sebagai salah satu cara untuk kita lebih dekat dalam ikatan suci, ini pra-perkenalan.
awak, tetap kan niat, tingkat kan iman.
aku minta, andai satu hari tetap terjadi perpisahan, ye,
perpisahan itu pasti untuk setiap makhluk yang bertemu.
bila kamu mati kelak, itu juga satu perpisahan. bukan?
aku mohon, kau tidak akan melupakan aku walau sedetik, sebab aku pun aku akan melakukan yang sama.
andai perpisahan itu kerana adanya yang kedua,
aku berharap agar kau membahagia kan dia dan berkongsi rasa.
aku cuba untuk jadi yang terbaik. yang terhebat. dan yang paling setia.
dan maaf kan aku jika aku tidak cuba untuk menjadi lebih kuat.
aku akan terus mencuba sampai hasilnya,
kau berpuas hati.
tidak ada apa yang ku minta dari mu,
hanya sebuah kejujuran, sebungkus keikhlasan,
dan segunung keimanan.
boleh kan jadi imam untuk aku?
boleh kan kita cipta cerita cinta dengan cara kita sendiri?
dan boleh kan kita melakar impian untuk ke Paris satu hari nanti?
jadikan ianya kenyataan, sayang ku.
No comments:
Post a Comment