-->
skip to main |
skip to sidebar
cinta lama.
assalamualaikum guys.
post malam ni bercerita tentang kenangan. dan penyesalan. haha.dah lama tak update blog. rindu sangat-sangat. agak sedikit jiwang ye post kali ni, tak suka, sila bla. http://www.youtube.com/watch?v=QFOsi27mZWobercerita tentang bekas kekasih, 80% dari nya, pasti membenci. yela, kena ingat segala kenangan manis ketika bersama bekas kekasih, yang mungkin tak mampu berulang lagi. hurm.. tarik nafas panjang-panjang.bercerita tentang kekasih lama jugak, pasti pelbagai perkara yang di benci kembali di ungkit. kata orang, kalau sudah bergelar kekasih, pasti ada perkara yang berlaku sebelum perpisahan. tapi, kebanyakkan nya, memang ramai yang membenci bekas kekasih. tapi tak bagi aku. aku masih menyayangi bekas kekasih aku. yerp. first love. cinta yang mengajar aku erti kebahgiaan dan apa itu kepahitan. tapi sekarang, cinta itu hanya tinggal kenangan. kenangan yang kadang-kadang membuat aku menangis sendiri, tapi kadang-kadang, buat aku tersenyum sepanjang hari. selama setahun menjalin cinta. hari-hari tersenyum dengan segala tingkah laku nya, hari-hari ketawa riang dengan segala gelagat nya, hari-hari tersenyum menerima bisik kata selamat pagi,sayang. namun, setelah 8 bulan, segalanya berubah. drastik. perubahan yang selama ini tak pernah terlintas di fikiran. segalanya hilang. tiada lagi ucapan selamat pagi,sayang. hilang sudah gelak tawa pada hari-hari seperti yang sebelum nya. dan bila hati mula goyah untuk terus setia, aku mula berubah arah. biar pun cinta masih dalam, biar pun kasih masih membara. tapi kerana sedikit kesilapan, segalanya berubah. kerana cinta aku meninggal kan kamu. maaf kan aku Mr.E. tapi kau tahu betapa hati ini masih dekat dengan jiwamu. dan kini, kau seperti kembali menyinari hari. hanya dengan 5 panggilan kecemasan aku terima pada malam sabtu dulu. awak, terima kasih sebab buat orang kelam kabut pergi cari topup malam tuh. :') kata orang, cinta itu buta, mungkin benar, kerana cinta tidak dapat memilih siapa pemilik nya.
tapi cinta aku. hanya untuk pada sesiapa yang sudi. tapi aku minta, biar lah cinta aku untuk Mr.E. tapi biar lah takdir yang menentukan. Ya ALLAH, Kau permudah kan lah segalanya.
angin, tiupkan lah cinta ini hampir dengan hati nya. angin, bawalah rindu ku dekat dengan jiwanya, dan angin, bertiup lah engkau bersama kata cintaku ke telinga agar dia dapat mendengar yang aku masih cintakan nya.
semakin aku cuba untuk pergi melepas kan mu semakin aku rasa terseksa. semakin aku cuba melupakan mu, semakin kuat pula ingatan ku kepadamu. dan semakin aku ingin melangkah jauh, semakin aku di tarik dekat dengan mu.
aku rela andai cinta itu kembali berputik. http://www.youtube.com/watch?v=vvmlSozVYsQ
No comments:
Post a Comment