bila hati yang terluka kembali di ubati,
bahagia terasa dan berharap ianya untuk selamanya. tidak mahu di sakiti lagi, atau merasa lebih sakit dari sebelum nya. namun bila bahagia yang bertandang cuma lah sementara, kita seharus nya sedar harapan setinggi gunung tak akan terjadi jika tiada takdir yang menyebelahi kita.
tak kira selama mana kita mencipta angan-angan. tak kira setinggi mana cinta kita terhadap si dia, tak kira betapa banyak sayang nya kita terhadap dia, jika perpisahan terjadi, hati itu pasti akan berdarah kembali. dan setelah melalui segala perit jerih kehidupan,
kini aku mampu bangun membasuh luka,
dan berjanji agar aku tidak akan jatuh sebegitu rupa lagi.
kerana aku tahu betapa sakit nya bila jatuh dari tempat yang tinggi.
kerana aku tahu, betapa perit nya bila harapan dan keinginan,
tidak terjadi seperti yang di harap kan.
No comments:
Post a Comment