-->
skip to main | skip to sidebar
lets live our dreams.

April 22, 2013

warkah buat abah. :')

assalamualaikum. 
sejuk malam ni, menyaman kan hati dan menarik aku untuk buat entry pasal abah.
rasanya dah terlalu banyak post tentang Chenta, dan dah terlalu lama aku tak update entry pasal abah. 
sementara ada masa.
kopi, lampu tidur, lagu Arjuna Beta, sekeping gambar kenangan, 
angin malam yang dingin. ahh. nyaman. 

seringkali, kita di beri pilihan 
dan setiap pilihan, terselindung seribu satu kebaikan, dan terselit sejuta keburukkan.
mungkin, ALLAH memberikan kita pilihan.
Dia tak pernah sekali meninggal kan kita terkontang kanting tanpa bantuan. kan?
tapi kita je yang sering lupa, sering leka, sering di bawa dalam mimpi sendiri.
bagi aku, semua ni takdir. 
semua ni dah tertulis. hidup ibarat filem, semuanya berjalan dengan jalan cerita yang di lakar di atas story board. dilengkapi dialog, pentas dan tak terlepas dengan pelakon utama. 
ye, mungkin, dulu aku menolak keras perpecahan keluarga, tanpa di sangka, aku turut terlibat. 
abah memilih untuk mencari teman pengganti.
abah memilih untuk berkongsi kasih dengan insan lain.
dan aku? sungguh, tak dapat aku menerima semua keadaan ini dengan sekelip mata.
tapi waktu terus berjalan, hari berganti hari
dan akhirnya, takdir yang membawa aku kesini.

akhirnya, aku terjatuh dalam pelukan seorang umi yang selama ini pernah aku benci.
yang selama ini anggapan aku hanya lah pemusnah kebahagiaan. 
tapi takdir Tuhan yang membawa aku kesini.
perkenalan dengan Chenta yang berjaya membuat aku menerima takdir ini.
terima kasih atas aturan Mu yang cukup indah ini Tuhan. 

akhirnya, aku membuka mata, 
melihat dunia yang selama ni kelam. yang selama ni serabut. 
ini masa untuk aku kembali melangkah. 
mungkin, melangkah lebih jauh.. 
semua yang terjadi atas sebab yang pasti.

dan pernikahan yang halal antara abah dan umi, 
tak sepatut nya aku benci, kerana sudah lama, abah menanti untuk aku kembali sebumbung dengan dia. 
sepatutnya, dari dulu aku melihat dari sudut berbeza. 
abah selalu ada bila mama marah. abah selalu ada saat aku susah, abah selalu je mendoakan aku.
dan abah selalu menerima kata maaf atas segala kesilapan yang aku buat.
abah menerima segalanya dengan tenang. walau seburuk apa pun aku.
Ya ALLAH, berikan lah dia kebahagiaan untuk dia selamanya.
selepas mama pergi, setiap kali air mata membasahi pipi, abah selalu ada. 
cuma seiring waktu, aku semakin dewasa. aku semakin membesar. 
tak mungkin perkara tu berulang lagi. tapi abah selalu berjanji, 
"walau apa pun masalah yang adik ada, cuba cakap, cuba luah kan. abah janji, abah akan dengar, 
abah tak nak puteri abah ni lemah." 
abah cuba jadi Hero, walau luka kat lutut tu, takde lah sakit mana pun. 
:') I love to lived in memories, 

abah, adik sayang abah. 
thanks untuk segalanya. 

thanks to Fynn Jamal, sebab cipta lagu yang sehebat ini untuk para Ayahanda. 
surat untuk abah.
abah. I wish, if I could turn back the time, I want to be there. 
to be there, at your wedding ceremony. 
abah. 
terima kasih untuk setiap benda, dan setiap sentimen kecil dalam hidup ni. 
kisses and hug. 
adik sayang abah dan tak ada sesiapa pun dapat ganti tempat abah. 
sama macam Chenta. 
tak akan terganti. dan tak akan pernah terganti. 




 



lakaran jiwa Unknown tarikh : 4/22/2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


assalamualaikum.
terima kasih datang membaca.
ada yang ingin di tulis semula, copy paste dan sebagai nya,
sila-silakan lah asal ada link nama aku balik.
sadis benar kalau ambik, lepas tu, tak reti nak kredit.
datang dan minta tingal kan pesan kalau ada pertanyaan.

maaf kalau apa yang di update tak macam dulu.
perubahan fikiran dan terlalu mengejar cita-cita.
idea makin sengkek, tak berlari laju seperti dahulu.

harap mengerti ye.
:) tetapi terima kasih kerana masih kekal setia.




alYnn Satar
pemilik jiwa raga yang kacau bilau.
she's try to live her dream, and she's try to get what she want.
dia gadis yang degil. dia gadis yang selesa dengan penampilan dia.
dan dia gadis yang tak lepas dari cinta.
dia gadis yang berjiwa kaca tapi berhati batu.
dia gadis dari dunia fantasi. dan dia suka cara hidup dia.

Daisypath Happy Birthday tickers
22 tahun pada 8 July 2014.

"aku tak punya jiwa untuk bercinta lagi.
jangan melamar, bimbang nanti aku merobek hati kamu.
biar kan saja aku tenang begini. ya?"
itu hanya monolog hati. hakikat sebenar, dia ingin bercinta lagi tanpa disakiti, tanpa kecewa dan dia ingin terus bahagia dengan cinta.
*fierlynnFynn121213*







N.Y.A.W.A

Neo !
My baby ASH !
love, Zamoly !

[me & my blog]

Daisypath Friendship tickers special thanks to my bestie : http://merahjambupink92.blogspot.com/

impian tahun 2013 !


belajar main gitar

vacation bulan June

join Gym !




gitar kaler pink



menghitung detik ke 2013

Followers

[ChattingBox]

[ music ]

facebook !

Fierlynn Fynn

Create Your Badge
sila datang lagi di lain hari. tinggal kan link di chatbox dan kemungkinan besar, blog anda, akan aku lawati!
FierlynnFynn. Powered by Blogger.