-->
skip to main | skip to sidebar
lets live our dreams.

December 17, 2012

untuk abah, mungkin, segalanya.

assalamualaikum. malam ni sayu. sebab hati tengah di buai perasaan. 
ditambah lagi lagu sayu dari pujaan jiwa, Fynn Jamal.
dia telah lama menjadi guru dalam penulisan aku. penulisan dia buat aku sedar,
buat aku insaf, dan seketika, buat aku ingin mengekorinya. secara senyap-senyap dan terus mengagumi dia.
seketika, dia buat aku terpana. 
untuk terus menulis tentang perca hidup. 
ye, seketika aku terpana. dah banyak kali dengar lagu ni. 
dah banyak kali jugak menangis sebab lagu ni. lagu yang ada jiwa. 
yang aku pautkan jiwa pada lagu ni. dan aku taruh kan harapan pada lagu ni. 
biar abah mendengar, biar abah tahu, 
biar - Fynn Jamal
walau aku tak pernah cakap adik sayang abah, 
tapi biar abah rasa, aku selalu mencintai nya. walaupun hati terluka atas perbuatan nya. 
biar malam ni di temani air mata. kerana aku sedih, tak dapat abah macam dulu. 
yang selalu ada di setiap ketika. semua berubah sejak 2 tahun dulu. 
sejak arwah mama pergi. aku dah penat menitis kan air mata sebab aku sorang yang tanggung. 
tapi aku faham, dan aku tahu, rahsia ALLAH tu tersirat seribu satu makna. tak apa, aku sabar. 
mungkin ada hikmah, yang belum di uraikan. tak apa, aku tetap gagah untuk menaip. 

masa dulu, aku suka main basikal, sampai lewat petang. aku suka main tukul, sampai tertukul tangan sendiri. 
aku mengadu kat mama. tapi mama buat tak tahu, abis waktu, capai talifon tekan-tekan nombor abah, 
sambil menangis, aku mengadu lagi, kata abah, lain kali jangan main lagi. 
erm. angguk, masuk bilik, peluk Miko sambil nangis tak bercakap dengan mama, 
peluk dan nangis sampai tertidur. 
buka mata, nampak abah, abah cakap, aiskrim dalam peti. tu memori. tak sanggup menaip lagi. cuba menggagah kan diri. 

bila setiap tahun tarikh bertukar 8 Julai, abah tak pernah lupa. 
kek coklat akan sentiasa ada. kadang di peti ais, kadang di meja makan, 
kadang, di suruh sambut sendiri di depan pintu. sayu, bila mana pada tahun yang lepas, 
terlewat. dan aku sedih, bila mana pada tahun ni, bukan terlewat. 
tapi terlupa. aku bersangka baik, dia sudah semakin meningkat umur nya, mungkin, sudah lupa. 

kecewa, bila berita yang selama ni di sembunyikan, terbongkar. 
biar dia ada pengganti mama, tapi aku harap, di hatinya, biar lah mama yang terlebih dahulu bertahta. 
abah, terima kasih untuk semuanya. 
biarpun aku tak suka, biarpun aku tak pernah setuju, 
tapi izinkan aku menguat kan diri untuk mencoret di sini. 
untuk kali pertama, aku hanya ingin melihat kau bahagia. tanpa melupakan kami. 
abah, apapun, kau yang terindah, apa pun, kau yang pertama. biar pun kita dah jarang bersama, 
tapi abah tetap ada di sisi. 
kalau tak, apa guna gambar di sudut kiri sebelah katil ? 
apa guna kata semangat yang terus ada di dalam diri ini? 
apa guna air mata ini menitis. 
abah, apa pun, aku mendoakan kamu bahagia. ayahanda, 
aku merinduimu setulus jiwa. 

abah, terima kasih untuk segalanya, 
kelak, kau akan tahu, bahawa aku menyanyangi dan menyanjungi mu, 
biar pun aku tak pernah memberitahu. 


lakaran jiwa Unknown tarikh : 12/17/2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


assalamualaikum.
terima kasih datang membaca.
ada yang ingin di tulis semula, copy paste dan sebagai nya,
sila-silakan lah asal ada link nama aku balik.
sadis benar kalau ambik, lepas tu, tak reti nak kredit.
datang dan minta tingal kan pesan kalau ada pertanyaan.

maaf kalau apa yang di update tak macam dulu.
perubahan fikiran dan terlalu mengejar cita-cita.
idea makin sengkek, tak berlari laju seperti dahulu.

harap mengerti ye.
:) tetapi terima kasih kerana masih kekal setia.




alYnn Satar
pemilik jiwa raga yang kacau bilau.
she's try to live her dream, and she's try to get what she want.
dia gadis yang degil. dia gadis yang selesa dengan penampilan dia.
dan dia gadis yang tak lepas dari cinta.
dia gadis yang berjiwa kaca tapi berhati batu.
dia gadis dari dunia fantasi. dan dia suka cara hidup dia.

Daisypath Happy Birthday tickers
22 tahun pada 8 July 2014.

"aku tak punya jiwa untuk bercinta lagi.
jangan melamar, bimbang nanti aku merobek hati kamu.
biar kan saja aku tenang begini. ya?"
itu hanya monolog hati. hakikat sebenar, dia ingin bercinta lagi tanpa disakiti, tanpa kecewa dan dia ingin terus bahagia dengan cinta.
*fierlynnFynn121213*







N.Y.A.W.A

Neo !
My baby ASH !
love, Zamoly !

[me & my blog]

Daisypath Friendship tickers special thanks to my bestie : http://merahjambupink92.blogspot.com/

impian tahun 2013 !


belajar main gitar

vacation bulan June

join Gym !




gitar kaler pink



menghitung detik ke 2013

Followers

[ChattingBox]

[ music ]

facebook !

Fierlynn Fynn

Create Your Badge
sila datang lagi di lain hari. tinggal kan link di chatbox dan kemungkinan besar, blog anda, akan aku lawati!
FierlynnFynn. Powered by Blogger.