-->
skip to main |
skip to sidebar
cipta yang berbeza
assalamualaikum. bosan sangat lah petang ni tak keluar.
so. mari mengurai tentang cinta, aku mengaku,
kadang-kadang aku ego, menyampah tengok couple yang buat-buat sweet bila depan mata aku.
tapi memang setengah couple tu memang sengaja wat aku jeles pun. menyampah aku.
duduk gedik-gedik makan bersuap, peluk-peluk bagai. baget sweet pulak. nak muntah aku lah.
kita sering mengimpikan kisah cinta yang sweet. kadang, kita cemburu bila melihat orang lain bahagia berpimpin tangan dengan pasangan masing-masing.
kita juga ingin begitu. tatkala melihat mereka mebaling salji ke arah masing-masing dalam rumah salji I-city,
kita juga ingin mencipta detik itu.
dan tatkala mereka di bersuapan makanan, dan akhir nya dengan lelaki menyarungkan cincin,
kita juga ingin begitu.
ya, kadang, kita merasa kisah cinta mereka indah. kisah cinta mereka sempurna.
kadang, kita merasa tak seuntung mereka, dengan kisah cinta yang boleh di bangga kan,
kdang kita merasa pasangan kita tak seromantis lelaki itu. walau pada dasar nya kau bahagia dengan dia.
kenapa kau mempersoal kan cara dia melayan kau, sedang kan kau merasa bahagia biarpun bukan seperti lelaki itu melayan awek-awek nya?
tak perlu banding kan kisah cinta kita dengan dia.
tak perlu banding kan sempurna nya dia dengan apa yang kita punya.
sebab kita sememang nya berbeda. tak kan sama.
benar, kita tak akan sama.
tak percaya? tengok antara kau dan aku, ada darjat yang membezakan,
tengok kau dan aku, ada pernah kau berduka selain bahagia bersama keluarga tercinta. kan? kita berbeza.
sama juga dengan kisah cinta.
antara kau dan aku, mahupun kau dan dia, tak akan pernah sama.
biar kau punya kisah cinta version kau sendiri. baru nampak sedikit istimewa.
tak bosan ke semua mahu sama?
No comments:
Post a Comment