-->
skip to main |
skip to sidebar
:(
assalamualaikum.
aku jarang menulis tentang perkara sensitif, terutama soal hati.
bila nampak post berkaitan hati, tu makna nya aku dah tak larat menanggung semuanya lalu terpaksa diluah kan melalui penulisan.
maaf kan aku wahai sang pencinta, melupakan mu buat sementara,
aku juga berharap agar kau melakukan perkara yang sama.
bukan apa, bagi adil dan saksama.
benar, dalam hati ni tak punya siapa-siapa lagi.
mereka tak layak menjadi penghuni hati seperti Pencipta-ku, seperti kamu, seperti abah dan mama,
mahupun seperti kakak dan abang.
sekalipun mereka datang, mereka cuma datang bukan sebagai penghuni hati.
mereka tak pernah memahami, mendalami, jauh sekali untuk menyelami perasaan ini.
di luaran, aku tersenyum. bahagia, dalam dada, kau tahu aku terluka?
dalam jiwa, kau tahu dari dulu sampai sekarang, hanya nama kau yang aku ukirkan.
bukti? kenapa aku masih merasa hangat cinta mu walau kau telah berlalu?
mengapa aku masih mengalir kan air mata sejak kau pergi?
dan mengapa aku masih rindu bila kau tak text aku sehari suntuk.
-berhenti lap air mata.-
lama aku menunggu detik di satu kan kembali,
lama aku tunggu peluang kedua untuk kembali membukti bahawa aku masih untuk mu,
dan akhir nya aku sedar, hakikat sejati yang tak pernah berubah,
kau hadir hanya seketika. untuk menjadi penenang sementara. menjadi pengganti mama.
tapi bukan untuk selamanya. sebab aku yang buat kau kecewa,
lalu kau melangkah pergi.
aku anggap, aku bukan bidadari terbaik untuk mu.
No comments:
Post a Comment