-->
skip to main | skip to sidebar
lets live our dreams.

November 21, 2012

once again, for : Gaza.

assalamualaikum ! 
dalam bilik ni agak panas selepas hujan. haba-haba semua terperangkap. 
erk, padahal, kipas dah berhabuk malas nak cuci. :) 
hari ini, sekali lagi otak berputar mencari idea untuk update pasal Gaza. 
sedih bila dengar berita demi berita tentang kekejaman yang masih belum berakhir di sana,
tentang kisah anak-anak kecil bertahan memperjuang kan agama, negara, dan keluarga mereka sendiri. 
sedang kan kita di sini, masih ada hati untuk bergembira, masih ada hati untuk mengarang ayat-ayat cinta, 
masih boleh tidur lena, masih ada tablet untuk main game, dan masih ada makanan untuk di makan. 
bahkan, lebih dari itu. 
sekadar satu penyedaran untuk diri sendiri dan kamu semua. 
tadi aku baca satu artikel, yang buat semangat makin berkobar-kobar nak boikot Mcd untuk selamanya. 
sebab? kalau ade facebook aku, boleh tengok link yang aku post tadi. 

Israel memang lahanat. Israel memang kejam. Israel memang jahanam. 
siapa yang pergi makan Mcmuffin free hari tu, mengaku lah, ALLAH maha mengetahui walaupun kau menafi kan beribu kali. 
bukan mahu menghukum, bukan mahu menjadi hakim, tapi moga apa yang di telan itu dapat di maaf kan oleh   saudara-saudara kita di sana. 
startegi mereka licik, 
memberi makanan secara percuma untuk meraikan kejayaan mereka membunuh dan menghapuskan pejuang-pejuang dan anak-anak kecil Palestin, 
 dan pemikiran kita, rezeki jangan di tolak, maut jangan di cari, bukan? sebab tu lah sanggup beratur berpanas sekali pun tak mengapa, asalkan dapat makan percuma. 
sorry to say, maruah lagi murah dari makanan tu ye? mungkin agak pedas, tapi harus kamu telan. 
kita dengan berselera makan, bahkan ada yang mengatakan, kita makan tak bayar woii, dorang tak dapat untung, tanpa kita sedar, dengan makanan yang dorang beri tadi, dorang dah dapat untung. 
walaupun bukan dari segi kewangan, tapi untung dari segi sokongan. kita masih menyokong produk mereka. 
bangkit lah wahai saudara Islam ku di Malaysia ini. 
buka lah mata, buka lah hati. 
kita rasa dengan trending di Twitter, Hashtag Save Gaza. di facebook, Default picture bertukar-tukar dengan wajah-wajah tentera palestin, mahupun Cover photo dengan anak-anak kecil yang di bunuh, 
boleh membantu meruntuh kan Yahudi dan membangkit kan semangat orang-orang di Gaza. 
tapi pernah tak kita luangkan sedikit masa untuk betul-betul menadah tangan dan mengirim kan doa dengan linangan air mata supaya Palestin akan bebas satu hari nanti? 
mengapa kita boleh menitiskan air mata ketika menonton drama cinta Korea (yang bodoh bagi aku tapi sedih bagi korang,) tapi tidak untuk Gaza? mengapa kita tak sanggup mengalirkan air mata untuk Palestin? 
mana pergi nya semangat untuk memegang tasbih dan terus berdoa untuk Palestin dengan bersungguh-sungguh seperti ketika menonton perlawanan bola sepak? 
 hanya mulut yang berkumat kamit dan tangan yang bergerak, tapi jiwa dan raga melayang entah ke mana. 

lakukan lah sesuatu itu dengan seikhlas hati kamu. 
biarpun kita tak mampu pergi untuk turut sama berperang dengan mereka, walaupun kita tak mampu memberikan pertolongan dari segi kewangan, atau pun sumbangan, 
ikhlas kan lah hati untuk terus memboikot barang-barang dari mereka. sekecil apa pun usaha kita, 
semoga dapat juga di catit malaikat di bahu kanan. 
tetap kan lah untuk memboikot seperti mencegah kemungkaran dengan selemah-lemah iman.
"cegah lah kemungkaran itu dengan tangan namun, jika kau tak mampu melakukan demikian, maka cegah lah ianya dengan lidah, jika itu juga sulit bagimu, maka, cegah lah ia dengan hati kerana sesungguh nya, mencegah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman."

sekecil mana pun usaha kamu, moga itu akan di ambil kira sebagai satu usaha. 
usaha untuk menjatuh kan Yahudi Laknatullah. 
usaha untuk mengembalikan ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan rakyat Palestin. 
dan usaha kita untuk melihat Palestin membina semula negaranya seperti dahulu. 

doa ku menjadi penghulu sebagai permulaan untuk menolong kamu. 
usaha ku untuk memboikot pula, sekecil-kecil usaha untuk membantu kamu, 
kerana hanya itu yang aku mampu.
dan bila masa kamu bebas nanti, aku tak minta untuk kamu mengenang kembali usaha aku di sini, 
kerana kemenangan memang milik kamu dan aku hanya sebagai penyokong setia untuk terus berdiri dan menyokong kamu. 

semoga ALLAH merahmati setiap hamba-Nya di sana. 
dan semoga ALLAH telah mengaturkan rencana yang paling hebat di atas semua ini. 
semoga ALLAH menurun kan bala terhadap Yahudi Laknatullah
dan semoga ALLAH, menerima baik hambanya yang shahid kerana mempertahan kan agama-Nya. 
In Shaa ALLAH, 










lakaran jiwa Unknown tarikh : 11/21/2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


assalamualaikum.
terima kasih datang membaca.
ada yang ingin di tulis semula, copy paste dan sebagai nya,
sila-silakan lah asal ada link nama aku balik.
sadis benar kalau ambik, lepas tu, tak reti nak kredit.
datang dan minta tingal kan pesan kalau ada pertanyaan.

maaf kalau apa yang di update tak macam dulu.
perubahan fikiran dan terlalu mengejar cita-cita.
idea makin sengkek, tak berlari laju seperti dahulu.

harap mengerti ye.
:) tetapi terima kasih kerana masih kekal setia.




alYnn Satar
pemilik jiwa raga yang kacau bilau.
she's try to live her dream, and she's try to get what she want.
dia gadis yang degil. dia gadis yang selesa dengan penampilan dia.
dan dia gadis yang tak lepas dari cinta.
dia gadis yang berjiwa kaca tapi berhati batu.
dia gadis dari dunia fantasi. dan dia suka cara hidup dia.

Daisypath Happy Birthday tickers
22 tahun pada 8 July 2014.

"aku tak punya jiwa untuk bercinta lagi.
jangan melamar, bimbang nanti aku merobek hati kamu.
biar kan saja aku tenang begini. ya?"
itu hanya monolog hati. hakikat sebenar, dia ingin bercinta lagi tanpa disakiti, tanpa kecewa dan dia ingin terus bahagia dengan cinta.
*fierlynnFynn121213*







N.Y.A.W.A

Neo !
My baby ASH !
love, Zamoly !

[me & my blog]

Daisypath Friendship tickers special thanks to my bestie : http://merahjambupink92.blogspot.com/

impian tahun 2013 !


belajar main gitar

vacation bulan June

join Gym !




gitar kaler pink



menghitung detik ke 2013

Followers

[ChattingBox]

[ music ]

facebook !

Fierlynn Fynn

Create Your Badge
sila datang lagi di lain hari. tinggal kan link di chatbox dan kemungkinan besar, blog anda, akan aku lawati!
FierlynnFynn. Powered by Blogger.