-->
skip to main | skip to sidebar
lets live our dreams.

November 16, 2012

kehilangan.

assalamualaikum. 
malam ni sunyi, kedengaran orang berlatih kompang je dekat dewan belakang rumah. 
bulan bintang pun menyorok dari pancaindera ku, 
mungkin kerana bumi menangis dengan hiba petang tadi menyebabkan bulan dan bintang bersembunyi. 
hati ni hiba, terasa pedih dan sayu. 
setelah mendengar berita itu. 
airmata bercucuran, dipanah rasa bersalah. sayu hati mengenang setiap detik indah satu ketika dulu.
kau selalu datang jumpa aku dengan uniform warna putih, 
ada semacam line hitam atas bahu. 
ape ntah orang panggil tu, and aku selalu kena hentam sebab panggil tu line hitam.
kat KL Sentral and semua orang pandang pelik. 
kenapa lah ada pilot sesat lak kat sini. 
kan? 
sampai abang-abang kat Subway tu pun dah kenal kita kan? 
sebelum balik tempat kerja kau, kau selalu cium dahi aku sebelum aku salam tangan kau. 
sebab kau kata, ladies first. :) sebelum kau pergi jugak, kau selalu pesan, 
sambil pegang kepala, pipi, pastu,tangan kat kepala balik, 
"kalau ade orang ngorat, cakap awak dah tunang, bakal berkahwin pun, 
kalau nak ngorat jugak, pergi jumpa tunang saya, kalau tak berani, lupakan je niat nak mengorat. 
tapi kalau kau ngaku aku tunang kau le."

dan aku akan selalu jawab, 
"abang jangan risau, tak kan ada siapa pun berani mengorat orang, sebab dorang tau, orang ade abang."
lepas tu, kau akan cakap, kau sayang aku. 
kau tak kan berpaling pada yang lain walaupun perempuan tu cantik macam bidadari. 
sebab kau kata, aku dah ambik hati kau, selagi aku tak pulangkan hati kau, 
kau tak boleh jatuh cinta dengan orang lain. 

tapi perkara tu terjadi. aku tak pernah pulang kan hati kau. 
kau kenal dengan Maya. punca perbalahan kita. 
punca pertikaman lidah kita. punca kasih sayang kau terhadap aku semakin pudar. 
punca kau makin jauh, dan terus menjauh.aku rasa perit, rasa nak tersungkur, nak terjatuh, tapi kau tak tahu. 
yang kau tahu, kau cakap, 
abang masih cintakan sayang, tapi abang dah terlanjur sayang dia.masa tu, rasa macam bumi jatuh atas badan aku. 
kau bahagikan rasa cinta untuk aku dan dia. sememangnya kau mampu. tapi aku yang tersiksa,
 biarpun dia rela. biarpun dia cuba menerima, dan katanya ia ketentuan takdir, 
tapi aku tak akan sekali meredhai nya. hati aku berkecai, hancur pada saat itu. 
ternyata kau sama seperti yang lain. tak setia, mencari pada luaran. 
kau berubah, tak seperti dulu., sepanjang 2 bulan, kau tak contact aku, 
kau tak call aku setiap malam.kau tak sembang dengan aku pasal masa depan, 
pasal rumah idaman, pasal Bali, 
kau berubah, seratus peratus kau jadi manusia yang lain. 
tapi aku tetap menadah tangan memohon doa agar satu hari nanti kau akan kembali seperti dulu. 

tadi, mak kau call, cakap kau tenat.
dah 2 minggu kau kat hospital. 
dah 2 minggu kau terlantar, dah 2 minggu kau tak boleh bangun. 
kenapa kau tak call aku? 
kenapa kau sanggup buat aku macam ni? 
kenapa kau tak cakap dengan aku kau sakit? kenapa mesti mak kau yang bagi tahu? 
mak kau cakap, dah 2 minggu kau di tahan kat wad. tapi kau tak benar kan sesiapa pun bagitahu aku. 
kau kata, sebab taknak aku risau, kau kata sebab tak nak aku marah kau sebab tak bagitahu kau sakit. 
kau kata, sebab kau tak nak tengok muka aku kat wad, nanti buat kau sedih. sampai hati kau kan? 
kau cakap, nanti kalau aku datang, kau akan buat aku sedih, 
kau tak nak aku menangis sebab kau. 
kau kejam! kejam sangat ! 

aku menangis sebab mak kau bagitahu, kau taknak dengar suara aku, kau tak nak tengok muka aku. 
patut lah hari tu, aku call kau, kau cakap kejap je dengan aku, 
suara kau pun lain. :'( kau jahat !!
aku rindu kau yang dulu. bila kau nak baik? bila kau nak datang jumpa aku macam dulu? 
bila kau nak baik macam dulu. 
abang tak rindu orang dah ke? abang dah tak sayang orang ke? 

 http://www.youtube.com/watch?NR=1&v=D9uGt-LZvnw&feature=endscreen



lakaran jiwa Unknown tarikh : 11/16/2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


assalamualaikum.
terima kasih datang membaca.
ada yang ingin di tulis semula, copy paste dan sebagai nya,
sila-silakan lah asal ada link nama aku balik.
sadis benar kalau ambik, lepas tu, tak reti nak kredit.
datang dan minta tingal kan pesan kalau ada pertanyaan.

maaf kalau apa yang di update tak macam dulu.
perubahan fikiran dan terlalu mengejar cita-cita.
idea makin sengkek, tak berlari laju seperti dahulu.

harap mengerti ye.
:) tetapi terima kasih kerana masih kekal setia.




alYnn Satar
pemilik jiwa raga yang kacau bilau.
she's try to live her dream, and she's try to get what she want.
dia gadis yang degil. dia gadis yang selesa dengan penampilan dia.
dan dia gadis yang tak lepas dari cinta.
dia gadis yang berjiwa kaca tapi berhati batu.
dia gadis dari dunia fantasi. dan dia suka cara hidup dia.

Daisypath Happy Birthday tickers
22 tahun pada 8 July 2014.

"aku tak punya jiwa untuk bercinta lagi.
jangan melamar, bimbang nanti aku merobek hati kamu.
biar kan saja aku tenang begini. ya?"
itu hanya monolog hati. hakikat sebenar, dia ingin bercinta lagi tanpa disakiti, tanpa kecewa dan dia ingin terus bahagia dengan cinta.
*fierlynnFynn121213*







N.Y.A.W.A

Neo !
My baby ASH !
love, Zamoly !

[me & my blog]

Daisypath Friendship tickers special thanks to my bestie : http://merahjambupink92.blogspot.com/

impian tahun 2013 !


belajar main gitar

vacation bulan June

join Gym !




gitar kaler pink



menghitung detik ke 2013

Followers

[ChattingBox]

[ music ]

facebook !

Fierlynn Fynn

Create Your Badge
sila datang lagi di lain hari. tinggal kan link di chatbox dan kemungkinan besar, blog anda, akan aku lawati!
FierlynnFynn. Powered by Blogger.