-->
skip to main | skip to sidebar
lets live our dreams.

October 19, 2012

superman.

 assalamualaikum ! 
dah lama tak update blog. aku tahu, menghilang sejenak untuk merawat hati yang luka. 
peww, ayat tak bole bla kan? 
haha. 
busy kerja. kerja. kerja untuk dapat kan sebijik Pajero atau Satria Neo yang masih menjadi pujaan hati. 
next, hari ni bukak topik pasal Superman. 
tiba-tiba kembali obses dengan Superman sejak aku pakai balik baju Superman kaler kuning yang aku beli masa kat Kedah dulu. 
haih, rindu-rindu. 

rindu pada Superman yang pernah hadir pada satu ketika dulu 
bukan sekali, tapi dah dua kali 
cuma aku je yang masih tak berubah, 
makin teruk. 
dia yang faham luar dalam aku, 
tapi kenapa dan mengapa aku tak pernah nampak tu semua? 
haih, menyesal tak ada guna, cuma berharap, ada yang terbaik menjadi pengganti aku di hati dia nanti. 

kehidupan aku sekarang, mengejar yang tak pasti, 
berlari ke kaki bukit mencari pelangi yang samar-samar warnanya. 
hati masih berbalut, perasaan masih luka. 
orang nampak aku tersenyum, bahagia. dalam hati, darah tak berhenti 
kau tahu? tak kan? 
kau faham? 
tak mungkin lah, 

bila bosan, aku akan pandang langit, 
kira duit tabung untuk jejak kan kaki di pasir pantai, 
bila bosan, aku akan capai kertas. 
tulis nama awak besar-besar sebab orang rindu kat awak, 
tapi orang tahu, awak tak pernah rindu orang 
tak apa, orang buang kertas tu. 

bila rindu, aku pandang langit, cari bintang yang selalu teman kita setiap malam dulu 
bila rindu, aku melangkah luar rumah dalam gelap malam, semata-mata untuk rasa angin malam. 
angin malam macam hembusan nafas kau. 
dan itu sedikit sebanyak mengubat rindu aku pada kamu. 

aku masih mencari, dan aku tak akan berhenti mencari yang nama nya CINTA SEJATI. 
sebab aku tahu, sebuah cinta hakiki tak kan datang bergolek kita kena cari. 
macam duit jugak, tak kan jatuh dari langit. 
kita kena cari. 

aku rindu kehidupan dulu, 
tak ada masalah, yang ada cuma tawa bahagia 
yang ada cuma untuk esok hari yang penuh dengan harapan. 
aku sedih, kenapa selama 9 bulan kita bertahan, 
tapi untuk seminit, aku tak dapat mempertahan kan kau. 
aku sayang, tapi aku terpaksa lepas kan. 
kali kedua kau datang, dengan penuh harapan, 
tapi hati aku celaru, antara sayang, kasih, dan benci. 
dan kekeliruan hati, akhir nya, kau rela melangkah pergi. 
maaf kan aku, cuma itu yang ku pinta. 
pengharapan untuk menjadi yang terindah dalam hidup kau sekali lagi, buat kali ketiga. 
andai aku mampu. :) 


lakaran jiwa Fierlynn Fynn tarikh : 10/19/2012
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


assalamualaikum.
terima kasih datang membaca.
ada yang ingin di tulis semula, copy paste dan sebagai nya,
sila-silakan lah asal ada link nama aku balik.
sadis benar kalau ambik, lepas tu, tak reti nak kredit.
datang dan minta tingal kan pesan kalau ada pertanyaan.

maaf kalau apa yang di update tak macam dulu.
perubahan fikiran dan terlalu mengejar cita-cita.
idea makin sengkek, tak berlari laju seperti dahulu.

harap mengerti ye.
:) tetapi terima kasih kerana masih kekal setia.




alYnn Satar
pemilik jiwa raga yang kacau bilau.
she's try to live her dream, and she's try to get what she want.
dia gadis yang degil. dia gadis yang selesa dengan penampilan dia.
dan dia gadis yang tak lepas dari cinta.
dia gadis yang berjiwa kaca tapi berhati batu.
dia gadis dari dunia fantasi. dan dia suka cara hidup dia.

Daisypath Happy Birthday tickers
22 tahun pada 8 July 2014.

"aku tak punya jiwa untuk bercinta lagi.
jangan melamar, bimbang nanti aku merobek hati kamu.
biar kan saja aku tenang begini. ya?"
itu hanya monolog hati. hakikat sebenar, dia ingin bercinta lagi tanpa disakiti, tanpa kecewa dan dia ingin terus bahagia dengan cinta.
*fierlynnFynn121213*







N.Y.A.W.A

Neo !
My baby ASH !
love, Zamoly !

[me & my blog]

Daisypath Friendship tickers special thanks to my bestie : http://merahjambupink92.blogspot.com/

impian tahun 2013 !


belajar main gitar

vacation bulan June

join Gym !




gitar kaler pink



menghitung detik ke 2013

Followers

[ChattingBox]

[ music ]

facebook !

Fierlynn Fynn

Create Your Badge
sila datang lagi di lain hari. tinggal kan link di chatbox dan kemungkinan besar, blog anda, akan aku lawati!
FierlynnFynn. Powered by Blogger.