-->
skip to main |
skip to sidebar
takdir.
assalamualaikum !
selamat tengah malam.
untuk post ni, aku mengumpul sejuta kekuatan untuk menaip.
maaf, ini yang terakhir, mungkin.
aku percaya, ALLAH dah tetap kan jodoh kita sejak dari azali lagi.
ALLAH dah menetap kan jalan hidup kita pun sejak dari azali lagi.
aku dah tersilap langkah dalam membuat pilihan, tapi aku sentiasa bermohon agar aku dapat jumpa orang yang betul-betul mencintai aku sepenuh jiwa dia.
di takdir kan, aku pernah bercinta,
sampai aku susah nak lupakan dia. Mr E, cinta pertama.
alhamdulillah, dia bahagia dengan isteri dia sekarang, dan kami masih berkawan.
aku di takdir kan, untuk di sakiti, dengan hadirnya cinta kedua.
cinta yang penuh dengan pengkhianatan. dan penipuan,
tapi aku maaf kan, tak susah nak maaf kan orang yang pernah menceriakan hidup kita satu masa dulu.
kan?
aku di takdirkan, untuk jatuh hati, setelah hadir nya dia.
tapi malangnya, ALLAH menetapkan, hati aku pada dia tak lama.
sakit perit aku sepanjang jatuh hati kat dia, tiada siapa pun tahu.
tapi aku hargai, setiap teguran, setiap bebelan, dan setiap pembetulan. terima kasih.
untuk yang terakhir nya, aku di takdir kan untuk bertunang.
dengan seseorang yang baru aku kenali.
rasa cinta, tak wujud dalam hati masing-masing,
tapi kami mencuba demi satu ikatan. untuk memenuhi satu permintaan.
sampai bila kami bertahan, aku tak tahu, aku harap, ALLAH hadir kan rasa sayang di antara aku dan dia.
aku cuba sayang dia, sebagai mana aku sayang kau.
tapi ALLAH maha adil, Dia tak akan menguji kalau Dia tahu hambaNya tak mampu menghadapi ujian itu.
dan aku percaya, aku telah di takdir kan untuk bertemu jodoh yang telah ALLAH tetap kan siapa orang nya.
dan pada waktu tu, aku berjanji, aku akan mencintai dia sepenuh hati.
cinta selepas aku menyintai ALLAH dan rasul ku,
cinta selepas Abah dan arwah Mama.
cinta selepas adik beradik ku,
adalah si dia yang telah di takdirkan untuk menjadi JODOH ku.
aku percaya, perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik,
dan begitu juga sebalik nya.
aku tak akan berhenti berdoa untuk kamu,
dan aku tak akan berhenti berdoa untuk kebahagiaan kamu.
terima kasih atas semua sejarah lepas,
dan terima kasih atas memori indah,
semoga ALLAH sentiasa merahmati kamu, amin.
:')
It is the time to let go the love.
and I'm ready to let you go.
mungkin kita tak ditakdir kan bersama.
ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hambaNya, dan untuk itu,
aku redha.
Ya ALLAH, terima kasih atas semua ini.
No comments:
Post a Comment