-->
skip to main |
skip to sidebar
ini luahan rasa
assalamualaikum.
sekali lagi, aku menaip ketika semua mata sedang tertutup, ketika minda di lamun mimpi indah.
kenapa? usah di tanya, ini cara aku meluah kan rasa,
bila ada yang tak kena,
bila tiada tempat untuk mengadu, blog menjadi peneman setia.
paling setia. seperti Miko, bantal busuk kesayangan,
yang sering menjadi pendengar setia.
tawa dan tangis bersama. sama macam blog ni.
saat tak keruan, saat sedih, marah gembira
macammacam intonasi akan anda baca kan?
ini satu cara buat aku tenang. buat aku kembali bermaya.
dan buat aku mimpi indah.
dah macam online diary, tapi di kongsi bersama kau, awak, you dan dia.
sesiapa saja. kan? mahu baca, silakan, tak mahu, boleh angkat kaki. juga, SILAKAN.
cinta jarak jauh,
kalau tak di uji, tak sedap rasanya. macam milo panas tanpa gula atau susu.
mungkin bagi kau, sedap. tapi bagi aku tak.
bukan cinta jarak jauh je, kadang-kadang, cinta jarak dekat pun selalu teruji.
kan?
hari ni, kesabaran dia teruji. sejak perkenalan kami. atas perbuatan aku.
aku tahu, aku salah, terasa nak menangis. nak meraung.
tapi, apakan daya. terdaya ke aku?
selain ucapan maaf yang masih belum di terima, belum pasti, di terima atau tak.
apa lagi yang aku mampu lakukan?
benar, kadang-kadang, tak perlu menguji tahap kemarahan dia.
yakin pada dia, dengar kata hati,
jangan terlalu degil mengikut perasaan.
ye, jangan terlalu degil. jangan terlalu ego,
paling penting, jangan terlalu mengikut perasaan,
sejauh mana jarak yang memisah kan,
tak bermakna takdir juga begitu.
come and see me, even it just in my dream.
I just wanna touch you, and say that I'm sorry.
No comments:
Post a Comment