assalamualaikum !
tarik nafas panjang-panjang. hurmm.. untuk kesekian kali nya, aku nak tulis pasal dia. kau? nak baca tak nak baca, up to you, okay? rindu sangat-sangat-sangat kat dia. kenapa lah aku susah sangat nak melupakan dia? Ya ALLAH, hadir kan lah pengganti dia dengan secepat mungkin, supaya aku tak makan hati macam ni lagi. grr. susah sangat nak halau dia dari ingatan, lagi-lagi nak padam dia dari hati, memang payah la.tadi gatal tangan pergi stalk facebook die. hambik, gambar yang menambah luka di hati. dia makin gah, makin hensem, makin comel. *nak nangis.*tapi dia bukan milik aku lagi. tak mungkin masa dulu kembali lagi. tak mungkin dia akan jatuh cinta balik. sebab dia cinta pertama. sebab dia yang sebaiknya yang pernah hadir. sebab dia yang masih bertahta di hati.
ohh, ini untuk awak. Mr. Emy
maaf aku masih tak dapat melupakan kamu.
maaf jika aku masih terkenang kan memori kita dulu.
maaf andai aku belum boleh menerima kepergian mu.
dan maafkan aku kerana belum boleh 'melepaskan' kamu.
kirimkan cinta ku pada langit agar dia dapat melihat nya.
kirimkan rindu ku pada angin agar dia dapat merasakan nya.
kirim kan perkataan "I love U" pada telinga nya agar dia dapat mendengar aku mencintai nya,
dan ukirkan namaku di hatinya agar dia tahu, hati kecil ini terukir nama nya juga.
Ya Allah, kirimkan lah aku cinta selain dia,
agar aku dapat meneruskan hidup tanpa nafas nya.
;)
aku takut nak cakap,
kau bukan milik aku lagi,
walaupun hakikat sebenar dah 3 tahun masa berdetik.
No comments:
Post a Comment