-->
skip to main | skip to sidebar
lets live our dreams.

August 09, 2011

tikar sejadah.


menyedari tiada apa yang sempurna di atas muka bumi ciptaan ALLAH ini.
menyedari kebesaran nya adalah yang teragung.
menyedari, hamba-hambanya terlalu leka membiar kan dunia mempermainkan jiwa muda. 
bila kesusahan melanda diri, hanya ketika itu,
manusia akan bersujud di atas tikar sejadah, menitiskan air mata. 
ALLAH! kebesaran mu dapat di lihat, di rasai, malah, di amati. 
namun kami sebagai manusia yang masih belum sempurna, sering kali terlupa akan kehadiran-Mu 
tatkala hati mula di saluti dengan kebahagiaan dan kemewahan dunia. 
5 waktu solat yang di wajib kan kepada setiap insan yang 
beragama Islam sering kali di tinggal kan, di lupakan. 
alasan nya, "tak sempat lah, rehat kejap je. malas lah! nanti kalau aku dah taubat, aku solat lah" 
jauh kan lah aku dari situasi-situasi seperti ini, Ya ALLAH. 
Ya ALLAH, aku juga hamba-Mu yang belum sempurna dari jiwa dan nurani. 
hamba yang sering kali terabai dengan keseronokkan dunia. 
biar kan lah diri ini mencari damai abadi di dalam kurniaan-Mu. 
Ya ALLAH, terima lah taubat hamba- Mu yang ingin berubah, 
yang ingin selalu berserah atas keabadian-Mu. 
yang selalu bersyukur dengan segala rezeki yang telah Kau berikan. 
ALLAH, diri ini selemah-lemah insan untuk mengaku sempurna, 
namun, aku tetap berusaha mencari ketenangan abadi yang telah kau kirim kan satu hari dulu. 
hidayah yang Kau berikan satu masa dulu, yang membuat kan aku tersedar, bahawa aku manusia biasa. 
di bumi yang seluas ini, kita hanya menumpang. 
di bawah langit yang terbentang, kita bernafas tanpa sebarang bayaran,
hanya yang diminta, menunai kan yang wajib. mahupun yang sunat. 
terserah kita bagai mana mentafsir kan keadaan. 
di dunia ini, kita ketawa berdekah, kita tersenyum bahagia, dan kita menangis gembira,
di mana kah letak nya kesyukuran kita pada waktu yang membahagiakan seperti itu? 
kita hanya akan teringat kepada tikar sejadah bila bencana, hati yang telah di lukai, dan hanya ketika itu, 
ALLAH wujud di dalam dada. 
ya ALLAH, maaf kan lah hamba- Mu!
setiap titis airmata yang menyesali perbuatan kita di susuli dengan taubat, 
mungkin akan di terima oleh- Nya. 
tidak akan termampu kita menerima segalanya tanpa bantuan 
ALLAH maha pencipta, maha pengasih lagi maha penyanyang. 
masih ada waktu untuk memperbetulkan diri sebelum waktu memanggil. 
kita milik ALLAH, dunia ini milik-Nya, dan segala apa yang di berikan, 
adalah tanda kasih- Nya pada kita. 
namun, sukar untuk kita bersyukur, mengucap kan terima kasih ALLAH.
kita sering leka di bawah naungan syaitanirrajim. 
ya ALLAH, terima lah taubat hamba-hamba-Mu. 
jauh kan lah segala yang tidak elok dari semua hamba-hamba-Mu.
ya ALLAH, limpah kan lah kemuliaan dan hidayah-Mu pada sesiapa saja yang Engkau mahukan. 
ampun kan aku atas kelekaan ku, maaf kan aku di atas semua kesilapan ku, 
Ya ALLAH, kau terima lah taubatku. 

semua yang tertakluk di atas bumi, 
adalah milik ALLAH, yang hidup akan mati, 
yang sihat akan sakit, yang kaya akan miskin, 
yang jahat akan baik 
jika Dia berkehendak sebegitu. 
Ya-Allah, lindungi lah kami dari segala yang tidak ingin kami lalui. 
ALLAH, yang maha mengetahui segalanya, 
jauh kan lah yang tidak elok dan mohon di dekat kan pada setiap yang baik. 
andai diri ini menangis di saat aku bersujud pada-Mu, 
maka aku mohon, Kau terima lah taubat ku, Ya ALLAH. 
diri ini tak sempurna untuk menduduki syurga Mu, 
malah, aku juga tidak mahu merasai keperitan api neraka- Mu. 
Ya-ALLAH, kau lindungi lah aku dan hamba-hambaMu yang lain.
moga ramadhan kali ini lebih menyedar kan kami sebagai hamba-Mu yang selalu sahaja terleka...

lakaran jiwa Unknown tarikh : 8/09/2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


assalamualaikum.
terima kasih datang membaca.
ada yang ingin di tulis semula, copy paste dan sebagai nya,
sila-silakan lah asal ada link nama aku balik.
sadis benar kalau ambik, lepas tu, tak reti nak kredit.
datang dan minta tingal kan pesan kalau ada pertanyaan.

maaf kalau apa yang di update tak macam dulu.
perubahan fikiran dan terlalu mengejar cita-cita.
idea makin sengkek, tak berlari laju seperti dahulu.

harap mengerti ye.
:) tetapi terima kasih kerana masih kekal setia.




alYnn Satar
pemilik jiwa raga yang kacau bilau.
she's try to live her dream, and she's try to get what she want.
dia gadis yang degil. dia gadis yang selesa dengan penampilan dia.
dan dia gadis yang tak lepas dari cinta.
dia gadis yang berjiwa kaca tapi berhati batu.
dia gadis dari dunia fantasi. dan dia suka cara hidup dia.

Daisypath Happy Birthday tickers
22 tahun pada 8 July 2014.

"aku tak punya jiwa untuk bercinta lagi.
jangan melamar, bimbang nanti aku merobek hati kamu.
biar kan saja aku tenang begini. ya?"
itu hanya monolog hati. hakikat sebenar, dia ingin bercinta lagi tanpa disakiti, tanpa kecewa dan dia ingin terus bahagia dengan cinta.
*fierlynnFynn121213*







N.Y.A.W.A

Neo !
My baby ASH !
love, Zamoly !

[me & my blog]

Daisypath Friendship tickers special thanks to my bestie : http://merahjambupink92.blogspot.com/

impian tahun 2013 !


belajar main gitar

vacation bulan June

join Gym !




gitar kaler pink



menghitung detik ke 2013

Followers

[ChattingBox]

[ music ]

facebook !

Fierlynn Fynn

Create Your Badge
sila datang lagi di lain hari. tinggal kan link di chatbox dan kemungkinan besar, blog anda, akan aku lawati!
FierlynnFynn. Powered by Blogger.