-->
skip to main | skip to sidebar
lets live our dreams.

July 28, 2011

mom.. :'(

hello guys! selamat petang.
tadi last class untuk subject nutrition. 
:) 
belajar pasal nutrient untuk ibu mengandung.
sumpah terasa sedih gila sebab ingat kat mama.

selama 9 bulan pada suatu ketika dulu,
mama membawa perut yang mengandungi seorang bayi.
di lahir kan dan di susukan.
bukan mudah menjadi seorang ibu sebenar nya. 
bukan mudah juga untuk membesar kan seorang bayi comel hingga peringkat dewasa.
selepas melahir kan, seorang Ibu, Mama, Umi, Emak atau apa sahaja panggilan anda, 
akan melalui proses berpantang. 
dalam masa yang sama, menyusukan anak yang baru di lahir kan tadi.
setiap hari, kita akan di mandikan mengikut masa, 
di tukar kan lampin apabila sampai masa nya dan menyusukan apabila kita menangis. 
mama akan bangun setiap malam pada jam 3-4 pagi,
di saat orang lain sedang lena di ulit mimpi indah.
tapi, pada waktu itu,
 mama yang berjaga memberikan susu badan kepada anak nya yang sedang haus. 
penuh kasih sayang, tanpa mengeluh, 
mama tetap bangun dan memberikan apa yang kita mahukan.
sama ada lampin yang sudah penuh, haus untuk menyusu,
 atau pun gangguan-gangguan yang lain.
dalam kesibukkan menguruskan anak kecil tadi, 
mama dalam masa yang sama juga, menjalan kan tugas nya sebagai suri rumah tangga.
mengurus kan abang dan kakak yang bersekolah.
menyediakan sarapan, menggosok baju, dan lain-lain.
dalam penat, di mata anak kecil ini, masih ada senyuman di wajah mama nya.
setelah semuanya selesai, tiba masanya pula untuk menguruskan anak kecil nya tadi.
memandikan, menyusukan, menukar apa yang patut, 
dan seterus nya, menidur kan anak kecil itu.
mungkin tidak lama mama dapat berehat pada waktu itu. 
di kerah kan diri untuk menyediakan makan tengah hari buat keluarga tersayang.
apabila menjangkau tengah hari, 
abah akan pulang untuk menjamu selera, sebelum keluar berkerja semula.
sebelum kakak dan abang nya pulang, 
mama akan sentiasa memastikan bahawa anak kecil nya lena tanpa sebarang gangguan.

mama membesar kan kita tanpa sebarang keluhan.

cinta, kasih dan sayang nya tetap di tunjukkan apabila kita memasuki sekolah tadika.
setiap hari, mama yang memayung kan kita untuk 
mengelak dari terkena cahaya matahari yang terik.
setiba nya di rumah, semua nya telah tersedia. 
makanan yang enak-enak, hanya menanti untuk di telan sahaja.
malam pula, mama akan mendengar segala celoteh kita.
bercerita tentang kawan-kawan di tadika, makanan di tadika, 
guru yang mengajar, dan lain-lain.
begitu juga apabila antibodi dalam diri tersangat lemah.
apabila kita di jangkiti dengan penyakit demam.
tak jemu mama menjaga. 
menyuap kan ubat, bangun kan kita pada waktu malam,
malah, berjaga sampai kita tidur semula.
demi memastikan, anak nya selesa.. :') 

apabila kita ke sekolah rendah,
masih ada mama untuk segalanya.
di tapak perhimpunan dengan cahaya matahari yang terik, 
mama memegang payung, memayung kan puteri hati nya. 
mama menebal kan muka, malah, membuat tak kisah apabila di suruh beredar dari tapak perhimpunan itu. 
betapa besar dan sayang nya mama pada ku.
setiap apa yang di idam kan, pasti nya menjadi kenyataan.
pada umur 9 tahun, 
menyambut hari jadi yang paling indah.
mama, adik dapat keputusan corot masa tu.
menangis balik rumah, takut mama marah.
:'( 
mama suruh mandi, siap-siap, kita pergi pasar malam.
itu yang mama cakap kan,
masa tu, adik menangis lagi. takut mama marah.
tapi, lepas bersiap, nak turun pergi pasar malam, 
mama bagi skuter yang adik nak sangat-sangat. 
mama sangat memahami adik kan. 
terima kasih mama. 
hari demi hari, kita meningkat dewasa,
umur juga berganti tiap-tiap tahun.
ketentuan ALLAH, tiada siapa yang tahu,
mama jatuh sakit.
tapi, syukur, aku masih punya kesempatan untuk menjaga nya sebaik mungkin.
apa yang di lakukan dulu,
di lakukan kepadanya.
mama, doa adik tiap-tiap hari, agar mama sembuh,
adik nak ma pergi majlis graduasi adik time adik dapat diploma.
tapi, ALLAH lebih menyanyangi mama.
mama.. segalanya kini hanya tinggal memori indah.
doa adik sentiasa mengiringi mama.
memori indah selalu bermain di fikiran adik.
semoga mama di lindungi, dan di jauhi dari seksaan api neraka.
i love u, mama.

:'( 

korang yang masih mempunyai ibu dan bapa, 
hargai lah mereka sebaik yang mungkin,
ketika kita masih kecil, tiada keluhan, 
mahupun penyesalan dalam waktu untuk mendewasakan kita.
malah, Ibu Bapa juga menjaga kita dan adik beradik yang lain, dengan sangat-sangat baik.
apabila tiba masanya untuk kita menjaga mereka, 
maka, lakukan lah dengan sebaik mungkin.
tiada yang lain selain Mama dan Abah yang menjadi pelindung pertama sebaik kita lahir di muka bumi Allah ini. 


lakaran jiwa Unknown tarikh : 7/28/2011
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


assalamualaikum.
terima kasih datang membaca.
ada yang ingin di tulis semula, copy paste dan sebagai nya,
sila-silakan lah asal ada link nama aku balik.
sadis benar kalau ambik, lepas tu, tak reti nak kredit.
datang dan minta tingal kan pesan kalau ada pertanyaan.

maaf kalau apa yang di update tak macam dulu.
perubahan fikiran dan terlalu mengejar cita-cita.
idea makin sengkek, tak berlari laju seperti dahulu.

harap mengerti ye.
:) tetapi terima kasih kerana masih kekal setia.




alYnn Satar
pemilik jiwa raga yang kacau bilau.
she's try to live her dream, and she's try to get what she want.
dia gadis yang degil. dia gadis yang selesa dengan penampilan dia.
dan dia gadis yang tak lepas dari cinta.
dia gadis yang berjiwa kaca tapi berhati batu.
dia gadis dari dunia fantasi. dan dia suka cara hidup dia.

Daisypath Happy Birthday tickers
22 tahun pada 8 July 2014.

"aku tak punya jiwa untuk bercinta lagi.
jangan melamar, bimbang nanti aku merobek hati kamu.
biar kan saja aku tenang begini. ya?"
itu hanya monolog hati. hakikat sebenar, dia ingin bercinta lagi tanpa disakiti, tanpa kecewa dan dia ingin terus bahagia dengan cinta.
*fierlynnFynn121213*







N.Y.A.W.A

Neo !
My baby ASH !
love, Zamoly !

[me & my blog]

Daisypath Friendship tickers special thanks to my bestie : http://merahjambupink92.blogspot.com/

impian tahun 2013 !


belajar main gitar

vacation bulan June

join Gym !




gitar kaler pink



menghitung detik ke 2013

Followers

[ChattingBox]

[ music ]

facebook !

Fierlynn Fynn

Create Your Badge
sila datang lagi di lain hari. tinggal kan link di chatbox dan kemungkinan besar, blog anda, akan aku lawati!
FierlynnFynn. Powered by Blogger.