ini entry yang aku tulisbukan untuk tatapan korang. nak baca, baca lah, kalau malas, jangan bace. sebab, ia nya panjang berjela!
enam bulan menanam rindu, membaja cinta bersama masa yang berdetik.muka buku dan sistem pesanan ringkas merapat kan dua hati untuk terus bersama. enam bulan juga, hati ini kadang-kadang rapuh dek kerana ombak cemburu yang membadai jiwa.namun, kami tetap bertahan atas dasar cinta. enam bulan, satu jangka masa yang agak lama untuk bertentang mata. cinta yang di pertahan kan sehingga hari ini. ye, enam bulan sudah kami bersama. terima kasih Ya Allah kerana mengirim kan dia kepada ku.
enam bulan menunggu saat untuk bertentang mata. tiba masa nya, tubuh ini seram sejuk. hati ini berdebar tak berhenti. andai kan saja bagai mana dengan hati si dia.. :) saat pertama mata bertentang mata, hati mula berkata,itu lah dia, Lynn. cinta hati pujaan kau selama 6 bulan ni. dan doa kepada ALLAH, agar hubungan yang terjalin, terus erat untuk seribu malahan sejuta tahun akan datang, insya-ALLAH.
ye. aku gembira melihat nya di depan mata. KL Sentral << tempat mata bertentang mata. :) dengan senyuman yang sangat-sangat menawan hati, orang dekati awak. hanya Tuhan yang tahu betapa menggeletar nya aku masa tu.
perjalanan ke chow kit di uji dengan tersalah naik tren. (ternyata, aku gagal menjadi pemandu pelancong!)tak cukup dengan itu, kaki letih berjalan mencari hotel murah yang bersebelahan dengan 7-eleven dan klinik Leekonon nya. akhir nya, hotel itu hanya ada di dalam kotak pemikiran kami dan ternyata tak wujud di alam nyata. selesai mendaftar kan diri di rumah tumpangan untuk satu malam, kami bergerak ke Time Square.mencari makanan kerana perut dah bernyanyi riang.cari makan pun satu hal, payah benar nak dapat! akhirnya, dengan berteman kan kopi ais dan limau ais, dua set nasi beriyani, cukup membuat kan perut kami buncit. :P
aktiviti seterus nya, wayang! cerita senario "ops pocot!". memang best gila. serius, tak tipu.
malam, berdinner di bawah cahaya lampu yang agak malap.romantika katakan.
semalam pakai pink hitam untuk dinner.
:)
No comments:
Post a Comment