aku mengumpul segala kekuatan untuk kembali berdiri. setelah aku dilambung badai, terombang ambing di tepian pantai dek kerana ombak yang besar, kini aku mahu mengumpul segala kekuatan yang masih tersisa di dalam diri, untuk terus berdiri. teguh berjalan seperti biasa.tanpa rasa sangsi di hati, aku ingin terus melangkah, tanpa menoleh ke belakang. aku ingin terus berlari, (jika aku mampu) aku mahu terus menghentikan segala tangisan. segala kedukaan. ye. aku mahu memberhentikan segalanya. malah, semuanya!biarkan masa menentukan berapa lama aku perlukan nya untuk membersihkan segala luka di hati. sememang nya, hati dan tangisan bergerak seiringandan biar kan hujan menghapus jejak langkah ku.biar tiada siapa tahu kemana aku ingin melangkah, dan biarkan tiada siapa mengerti, mengapa aku memilih tempat itu untuk berhenti. ye, aku ingin melangkah, pergi lebih jauh.
No comments:
Post a Comment