-->
skip to main |
skip to sidebar
tentang aku!
tengah hari ni memang tangan terasa gatal nak menulis, tapi idea tak mahu datang untuk menulis ayat baru.tak apa, untuk melepas kan gian menulis, aku akan menulis pasal aku. :) hanya pasal diri aku lah. tak suka, tak payah baca. haha. ini entry untuk melepas kan gian menulis aku. itu sahaja!
ramai yang tak tahus sebenar nya aku ni anak jati Kelantan, cuma dah jadi anak bandar sebab menurut cerita arwah mama, lepas 40 hari aku dilahir kan, mama and abah pun pindah Kuala Lumpur. kota penuh kebisingan ni.jauh dari tempat kelahiran aku.maka nya, aku di besar kan di Kuala Lumpur dan aku lebih suka menggelar kan nya kota kebisingan.yup. memang bising.teramat bising. di sini lah tempat aku di besar kan dengan jaya nya.tapi, tak ada lah sampai tak balik Kelantan terus. ada lah jugak, balik sana. ohh ya, aku jugak ada darah campuran dari Pahang. hehe. belah abah. tapi jarang la balik pahang. :)aku pun pandai bercakap loghat Kelantan. heyy! even aku duduk kat kota kebisningan ni, tapi jangan ingat aku lupa asal- usul. kelantan lah menjadi kebanggaan aku selama ni. bangga sangat-sangat menjadi anak kelahiran Kelantan.tahu kenapa?
Kelantan penuh dengan kebudayaan.makanan tradisional dia, and paling best, masakan tradisional kelantan. terbaikk!
kalau boleh, satu hari nanti, aku nak keluar dari kota kebisingan ni.tinggal tempat lain, dan pastinya, Kelantan.rasa aman damai je bila duduk kat sana.
No comments:
Post a Comment