-->
skip to main |
skip to sidebar
mama :'(
semua nya sudah tertulis.
di takdir kan, kamu menjadi ratu di hati ku selamanya. selama 18 tahun yang lalu, kamu yang menjadi pendengar setia, hangat pelukan mu masih ku terasa, setiap kata-kata teguran masih terngiang di telinga ku. selama berbelas tahun itu juga, kamu tidak pernah jemu menasihati ku, mendengar setiap keluhan hati ku, memberi pendapat, ada di setiap masa aku memerlukan.tapi tidak lagi kini. dia telah pergi.. bukan hari ini atau untuk esok sahaja, tetapi buat selamanya.. aku akui, sehingga kini, masih terbayang pergerakan nya di rumah itu, kerusi roda tu, ma, i miss u so much..adik ingat lagi, ma suka gurau dengan adik kan? kadang-kadang, bila teringat balik, adik boleh gelak sorang-sorang. hehema, sekarang tak ada sesiapa mampu buat benda yang sama.memang ada, orang buat adik gelak, buat adik ketawa. tapi, tak sama macam mama.kereta mama, rumah yang ma pilih, kerusi roda ma, ubat-ubat ma, semuanya, adik still lagi simpan. sampai sekarang. yang penting, adik masih simpan segala kenangan bersama mama di dalam hati ni.tak ada apa yang dapat menggantikan kasih sayang mama.mama segalanya buat adik.ma, i love u and i miss u so much.ma, adik tulis ni untuk mama. dulu, ma suka baca kan. :) ma, bila ma nak datang tengok adik? kalau ma ada, mesti ma makan hati jugak kan?macam apa yang adik rasa sekarang.orang cakap, maybe abah sunyi, tak ada teman, nak berkawan, tak ada siapa faham apa yang adik rasa. ma, dengar kan? kalau lah masa tu, ma boleh bertahan untuk adik. tapi adik tahu, takdir yang tertulis, memaksa adik menerima kepergian mama.I'm sorry ma, I can't take it anymore. mungkin ini salah satu cara ALLAH nak uji adik.mula-mula, adik kehilangan ma, seterusnya, hati adik terseksa dengan perbuatan orang yang mama cinta, dan akhir nya, ALLAH akan menemukan adik dengan kebahagian yang pasti. begitu kah ma?adik tunggu saat tu.adik tunggu saat-saat adik boleh bahagia, gembira sama macam ma ada dulu.
ma, kalau boleh, adik nak ma ada dengan adik.untuk malam ni je. adik nak peluk ma kuat-kuat.adik nak cakap, adik sayang ma sangat-sangat. ma, adik rindu nak cuci luka ma, nak suap ma makan.adik rindu, nak dengar nasihat ma. adik rindu, nak dengar ma nyanyi.adik rindu nak jalan-jalan dengan ma..adik rindu semua tentang ma.. ma dengar kan?
lain kali adik tulis untuk ma lagi.ma, terima kasih sebab jaga adik selama berbelas tahun dulu.
No comments:
Post a Comment