itu luahan hati aku setelah sekian lama ia terpendam.
assalamualaikum mama..
maaf kan adik kalau setiap titik deraian air mata yang membasahi pipi ni, menyiksa mama dekat sana.
adik cuba tak menangis, tapi, adik tak mampu.
dah terlalu banyak yang adik pendam kan. terlalu banyak adik rahsia kan.
mama nak tahu tak, kat sini, ada orang yang mampu buat adik tersenyum bila adik sedih, marah and merajuk.
iaitu dia, and kawan-kawan dalam bilik ni.
mungkin, cara dorang tak sama dengan cara mama.
tapi memadai lah, untuk ubat rasa pilu adik kan?
ma, adik balik semalam. nak siap kan report.
macam biasa, sebelum tidur, mesti kenangan ma dengan adik dulu, bermain kat otak ni.
masa adik cuci luka ma, masa adik suap ma makan, masa adik gelak-gelak dengan ma.
rindu sangat.. nak naik kereta ma, jalan-jalan macam dulu.
mama tahu kan, setiap kenangan yang tercipta memberikan seribu satu makna pada adik dan setiap kenangan tu,kalau kembali di ingat kan mampu buat adik menangis.
ma, adik terlalu rindu kan mama..
rasa nya, macam baru semalam adik tengok ma depan adik.
tengok ma minum, sebelum ma menghembuskan nafas terakhir ma.
rasa macam baru semalam adik goncang tubuh ma yang kaku dan tak bernyawa tu.
adik suruh ma bangun. ma belum tengok adik grad lagi.
ma belum rasa adik masak yang special lagi.
ma, kalau lah ma boleh bertahan lagi masa tu, adik akan berhenti kolej and jaga ma sebaik mungkin,
ma, adik mintak maaf atas segala dosa adik dengan ma dulu. adik mintak maaf.
adik sayang ma, adik nak peluk ma macam dulu.
adik tak ada tempat nak mengadu dah sekarang.
dulu, adik ada ma. adik boleh cerita semua nya dengan ma.
tapi sekarang, adik hanya boleh pendam kan perasaan,.
tak semua benda kita boleh cerita dengan orang lain kan?
ma, terlalu banyak yang jadi lepas ma pergi.
mama tahu kan?
sekarang, hanya doa sebagai iringan.
mama, adik rindu kat mama sangat-sangat. mama adik rasa, mama ada lagi.
ma tak pernah pergi., tu yang adik rasa.
mama selalu dekat. dekat sangat.
rasa macam tak percaya yang ma dah tak ada.
itu lah hakikat nya.
adik tak pernah belajar untuk menerima kehilangan ma.
No comments:
Post a Comment