membawa sekuntum rindu yang mengharum seperti haruman bunga-bunga cinta.
kita mengungkap cinta, menyatukan dua hati.
walaupun mata belum bertentang, tapi hati kita sudah mula bersuara.
biar pun rindu belum berputik, tapi jiwa telah meronta.
hari demi hari, cinta semakin mengharum.
masa yang terus berlalu membawa memori yang telah tercipta.
tak di sangka, kejadian itu menimpa.
tapi kau tahu, hati ku tak merelakan nya. puas aku menyakin kan mu,
pergi dari ku. lupakan aku dan tinggal kan memori cinta kita
namun, ternyata hati mu bukan senang untuk berubah.
kau tetap mempertahan kan cinta. menerima ku dengan seadanya.
terima kasih wahai cinta ku.
kita tetap bersama. walau pun kau tahu, aku tidak sempurna.
kau masih di sisi mendengar segala permasalahan.
kau masih ada di saat aku bersedih atau pun bahagia.
kau masih ada di saat aku memerlukan mu.
cinta kita terus mekar. dari hari ke hari.
minggu ke minggu dan masa yang berlalu mencipta kan memori bahagia kita bersama.
aku sememang nya bukan juwita cinta yang dapat mengungkap kan setiap kata-kata dari sudut hati.
aku hanya lah manusia biasa yang sering menyatakan cinta kepada dirimu wahai kasih.
ketahuilah, perkara terindah di dalam hidup ku adalah kamu.
memori cinta yang kita bina adalah melodi hati kita yang akan terus berputar untuk selamanya.
ucapan cinta dari hati kita adalah penawar rindu.
dan haruman kasih yang sering kau berikan, adalah sesuatu yang tak kan ku lupakan buat selamanya.
seadanya kamu menerima ku, membuat kan aku tersenyum bahagia ketika bersamamu.
kekasih ku, andai kita terpisah nanti, ingat lah bahawa cinta ku sentiasa mekar mengharum di hati mu.
biar pun jarak beribu batu memisah kan kita, tapi kau tahu hati ku.
akan selamanya akan menjadi milik mu.
tak akan ku berpaling kepada yang lain.
biar pun beribu yang datang, hanya kau satu menjadi pilihan ku;
akan ku syukuri kehadiran mu di dalam hati ku buat selamanya.
terima kasih tuhan kerana menemukan aku dengan dirinya.
abadikan lah cinta kami berdua di dalam mahligai bahgia untuk selamanya.
No comments:
Post a Comment