-->
skip to main |
skip to sidebar
tanpa mu..
di sini aku hanya mampu meluah kan.mungkin tiada sesiapa yang dapat memahami. biar pun senyum tetap terukir, bibir tetap berbicara, namun hati? di sudut kecil itu, tiada siapa yang mengetahui.hampir aku berputus asa untuk mencurah kan karya di sini.hampir ku mengatakan : aku akan berhenti menulis di sini pada saat ini! hampir aku berbuat demikian,tapi kerana sayang kepada blog yang terhebat ini, aku tetap teruskan.kata-kata tetap ku catat kan.
kenduri tahlil arwah mama pada malam ke tujuh di buat di rumah ku.air mata mahu menitis ketika berseorangan.
ma,, adik rasa, ma ada. cuma, ma balik kelantan. nak berubat kat sana kan ma?adik tanya maziah, betul ke ma dah tak de?dia suruh adik sabar banyak-banyak. dia suruh adik sedekah al fatihah untuk mama..
ma..maaf kan adik. bukan adik tak redha, cuma adik masih keliru.adakah ini mimpi? atau ianya sebuah realiti yang sudah pasti.
terima kasih tersangat-sangat kepada semua rakan, sahabat, kawan dan antara kamu yang bergelar 'teman'terima kasih sebab selalu ada di saat Lynn perlukan korang.terima kasih sebab korang selalu je dengar keluhan dan keresahan Lynn selama ni.
to KhadieejaRazak : thanks a lot babe. I really need to talk with you. but we don't have time yet right? it's okay. I'll keep it first, later I told you everything.jangan kau muak pulak ye. :)
teman . terima kasih yang tak terhingga
No comments:
Post a Comment