aku layan lah pertanyaan-pertanyaan dari seseorang ni.
dia tanya macam-macam. aku jawab lah panjang-panjang.
ni salah satu essay aku.
mana kau dapat nama Fierlynn Fynn? aku suka. Unik!
kau suka? thanks. sebenar nya, nama Fierlynn Fynn tu tercipta dengan tak di sengajakan apabila aku sedang menulis novel bertajuk Diana Afiera masa form 5.
dan pada masa tu jugak, orang panggil aku Lynn. at the same time, aku tengah mencari nama pena.
macam kebanyakkan penulis lagu buat tu. haha.
so, aku menggabung kan nama depan watak utama novel tu, Afiera dengan nama panggilan aku, Lynn.
so, akan jadi Afiera Lynn. macam satu nama yang aneh dan pelik bukan?
jadi, aku memendekkan lagi.
Afiera& Lynn
dari situ, tercipta lah...
Fierlynn. dan Fynn tu pulak nama sampingan yang tiba-tiba muncul dalam kepala otak aku.
kenapa kau single lepas putus dengan Emy?
soalan ni memang soalan emas buat diri aku.
sebab sayang. sebab yang sebetul nya, sebab aku sayang kan dia sangat-sangat.
kami bercinta sejak 24 september 2008.
bulan puasa masa tu. perkenalan kitaorang tak lama sebelum kitaorang couple.
kami sebagai pasangan jarak jauh.
tak pernah bertentang mata, hanya SMS, phone call dengan Myspace je. (dulu kuno guna myspace)
tapi di sebab kan kedegilan aku yang teramat dan sebab aku keras kepala teramat sangat tambahan aku ni nakal dan jahat yang teramat sangat,
aku mengambil keputusan untuk pergi jauh dari hidup dia tanpa dia menyedari yang aku telah pergi..
memang airmata sentiasa menitis masa tu, tapi aku terpaksa berbuat demikian sebab aku terlalu sayang kan dia, dan sebab aku tak nak dia kecewa dengan aku.
biar lah semua sebab musabab tu menjadi rahsia aku sendiri.
to emy : aku sayang kau sampai sekarang!
siapa Neo?
ni yang ke 45 kali aku jawab soalan ini.
Neo adalah netbook kuning kesayangan Lynn.
ni adalah hadiah hari lahir yang terakhir daripada arwah mama. akan ku jaga Neo sebaik yang mungkin.
terima kasih mama.
kau selalu cakap lepas dalam blog kau. tak takut kene hentam ke?
takut kene hentam? rasa nya, aku langsung tak takut kott.
aku berpegang pada satu prinsip.
"jadi diri sendiri dan biar kan orang lain berkata-kata. setiap kali mereka berkata tentang aku,
bermakna, mereka mengagumi ku dan setiap kali mereka berbicara tentang ku bererti,
mereka mahu menjadi seperti ku."
at least aku tak palsu. dah tak nak guna plastik, sebab dah ramai sangat orang guna perkataan tu lepas baca blog aku. menyampah nyah!
apa ayat yang kau tak suka bila baca blog orang?
gaaahh! atau pun, F**K.
perrgghh! semua orang tahu kott apa itu F**K.
tulis je la derr.
adoy!
gaaaahh! tu pulak, ntah la. semacam aku sensitif pulak dengan ayat yang tak mesra alam tu. haha.
No comments:
Post a Comment