-->
skip to main |
skip to sidebar
untuk kamu : pemilik hati
kehadiran matahari menyinari bumi di siang hari ibarat kan kau menyinari hatiku yang kelam dan sepi.kerdipan bintang di langit pada malam yang gelap seperti kau menggembirakan hati ku setiap hari.senyuman mu, suara mu, mengubat rindu yang berputik umpama kuntuman bunga yang mekar. setiap kata-katamu menjadi ubat tatkala demam rindu menghampiri diri ini.
aku terlalu mencintai dirimu, berjanji lah kekasih, yang kau tak akan pergi,
saat kau datang mengetuk pintu hati ku.buat kali pertamanya, aku merasakan, kau adalah segalanya selepas kepergian dia. maaf kan aku kerana aku masih belum mampu melupakan dia, tapi perasaan cinta ku semakin pudar bila mengenang kan nya.
dan aku maaf kan aku bila aku tak sempurna.
biarkan hati kita sentiasa bersebelahan dan saling melengkapi di antara satu sama lain.biarkan perasaan rindu terus mekar di hati kita.dan biarkan perasaan cinta terus menceriakan hari-hari akan datang.
aku berjanji akan setia selamanya. dan aku percaya, cinta sejati itu ada.b, i love u so much.
No comments:
Post a Comment