-->
skip to main |
skip to sidebar
tiada lagi senyuman mama..
salam dan selamat malam pada semua.
dengan dukacita aku ingin memaklum kan pada semua pembaca, followers, dan juga sesiapa je yang singgah kat sini, mama kesayangan lynn, dah pun kembali ke rahmatullah. pada 2 September 2010 jam 11.45 minit malam.
mama.. kenapa mama pergi dulu? mama tak sempat pun nak tengok adik grad. mama tak sempat pun nak tengok adik berjaya dalam kerjaya adik. mama tak sempat nak tengok adik ambil lesen memandu. beli kereta satria Neo.. ma.. adik rindu ma.. masa tu, adik nampak ma susah nak bernafas. muka ma da pucat. ada linangan air mata dekat kelopak mata ma.. ma..masa abah angkat ma letak kat luar, mama dah tak bernyawa. ALLAH dah tarik nyawa mama. masa tu, abah dah pun menitiskan air mata, kak dengan ngah pun sama.. cuma adik.. adik hanya mampu merenung jauh wajah ma yang pucat. air mata adik hanya jatuh selepas tu, selepas adik sedar,mama dah pergi tinggal kan adik.. ma.. awal sangat ma.. ma.. masa orang-orang, sedara mara kita datang melawat, semuanya kata, ma gembira pergi 'sana' ma tenang bila nak melangkah ke alam 'sana'.. mana tak nya, mama seolah tersenyum. bibir ma sedikit terbuka. walau kita orang cuba tutup, tapi tak berjaya. ma.. betul. ma macam tersenyum. masa adik mandikan ma, sabun ma, itu lah kali terakhir untuk adik dengan kak membersihkan badan ma. lebih 4 bulan ma terbaring. lebih 4 bulan juga la adik dengan kak membersihkan ma.. ma.. ma cakap, nanti ma baik, ma nak makan kambing. ma cakap, ma nak duduk kat kelantan, nak meniaga kat sana.. ma.. terlalu banyak hajat ma yang tak sempat di tunaikan.. banyak sangat ma.. Insya-Allah, nanti, kenduri arwah 40 hari mama, abah nak sembelih kambing, ma.. adik baru 18 tahun. adik terlalu muda nak hadapi semua ni, tapi adik ingat pesan ustazah dulu, "ALLAH tak akan menguji melebihi kemampuan kita." ma.. malam mama di kebumikan tu, hujan. agak lebat. mesti tanah mendap. mesti mama berat. kan? hari keesokkan pun sama. hujan. tanah makin turun.. mesti mama tanggung beban yang berat. hari-hari adik fikir, masa adik tengah makan kat sini, mama tengah buat apa kat sana?
masa adik tengah makan, adik fikir, kat sana, ada makanan tak untuk mama?
ma.. kat sini, abah, kak, ngah, kawan-kawan adik, kawan-kawan ma semua, doakan mama.. mama.. maaf kan adik, kalau adik tersakitkan hati mama, terbuat ma menangis.. masa ma ada dulu.. adik mintak maaf ma.. ma.. adik stop sampai sini dulu ye.. assalamualaikum mama..
4 comments:
deq..
akak sntiasa ade utk adeq
sedihnyeee, sabar ye, kuatkan hati, tabah tuk dugaan nie, al-fatihah tuk mama ku
lynn, stay strong tau.
ila rasa arwah mama lynn lebih tenang disana...Allah lebih menyayangi dia.
kita yang still hidup mesti terus
kalo ade ape2, jgn lupe share dgn ila, jgn pendam sorang2.
kwn2 lynn yg len sume ada bersame lynn okay?
lynn awk bersabar je ok... kite yg msih hdup kna teruskan hidup kite, kite mendoakn smoga mama awk ditempat di samping org2 yg beriman dan soleh solehah..Amin.. lynn aq x than la bace ape yg awk tuliskan 2,aq trus ngis sedih sgt lynn.. x pe aq sentiasa ada klau kau perlukan aq ok...
Post a Comment